Logo Halal di Korea Palsu Hati-Hati Bila Makan di Myeongdong

TERKINI
November 05, 2018 - 01:06 PM


Korea antara destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Salah satu sebabnya adalah makanan halal yang senang didapati di sana selain tempat-tempat yang cantik. 

Namun sejak kebelakangan ini logo halal di Korea mula menjadi isu apabila banyak logo halal di sana adalah palsu terutama bagi gerai makan tepi jalan. Terbaru pihak Facebook Halal Korea mengeluarkan status tentang makanan di Myeongdong banyak mempunyai logo halal yang palsu. 

Mungkin salah satu sebab kenapa ianya jadi seperti ini kerana pemahaman bagi mereka yang bukan muslim asalkan makanan itu tidak melibatkan pork dan arak adalah halal. 

Baca juga: 11 Makanan Tempatan Di Korea Selatan Yang Halal Dimakan

Jadi buat mereka yang ingin melancong di Korea jangan sesekali membeli makanan di Myeongdong secara semberono kerana kebanyakan logo itu adalah palsu. Peniaga di sana juga terus sahaja cakap halal bila nampak pengunjung yang pakai tudung atau hijab.

Akibat dari logo Halal yang dipamerkan kebanyakkan pelancong dari Malaysia dan Indonesia akan terus membeli tanpa was-was dan bertanya adakah logo halal yang dipamerkan sah dan makanan ini sememangnya halal. 

Tip untuk mereka yang nak ke Korea boleh juga download applikasi Halal Navi untuk mencari kedai makanan halal di sana. 

Baca juga: 40 Tips & Tricks Bercuti Ke Korea

Destination: