Lupakan Bangkok, Jom Ke 3 Destinasi Baru Untuk Songkran 2019

April 08, 2019 - 03:25 PM


Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) melalui satu panggilan telefon kepada editor kami mengesahkan yang Songkran 2019 tetap berjalan macam biasa di seluruh Thailand, cuma sambutannya tidak sebesar dan semeriah sebelum ini.

Menurut pegawai yang bercakap dengan kami sebentar tadi, hanya Bangkok akan ‘slow down’ sedikit yang mana kami fahamkan mereka sedang mempersiapkan diri untuk majlis pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn.

Menurut laman web TAT sendiri, festival tahunan ini akan terus berjalan namun tidak semeriah sebelum ini. Selain tempat utama tarikan Songkran, Bangkok ada 3 destinasi baru untuk mereka mengalami sendiri pengalaman sambutan Songkran.

#1. Tak

Tak merupakan salah satu daripada 76 wilayah di Thailand. Terletak di bahagian utara Thailand, salah satu tarikan di sini adalah air terjun yang tertinggi di Thailand.

Untuk sambutan Songkran di Tak, bermula dari 12 April hingga 14 April di Wat Thai Wattanaram dan Naresuan Maharaj Stadium di daerah Mae Sot. Ada macam-macam aktiviti akan diadakan untuk tahun ini macam persembahan muzik, pesta makanan, dan bengkel kraftangan dan kesenian tempatan.

#2. Mukdahan

Sambutan Songkran 2019 di Mukdahan ni bertumpu di daerah Wan Yai dan akan diadakan di Hat Manopirom. Muk-Savan Fun & Fin Festival 2019 ini bertemakan ‘Cool Isan’ dimana akan ada terowong air, dan diadakan juga pertandingan ‘Sand Art’. Jadi korang boleh lihat binaan pasir 5 pagoda dari setiap zon.

Upacara pembukaan dijadualkan pada 13 April.

#3. Ranong

Di Ranong, Songkran 2019 akan disambut di multi-purpose ground berhadapan dengan Mueang Ranong Municipal Office. Disini, mereka mengetengahkan keunikan kebudayaan Ranong sambil disajikan dengan persembahan yang penuh warna-warni.

Terdapat juga terowong air pancut yang akan menyambut tetamu yang datang kesini disampin pelbagai aktiviti yang hanya boleh didapati di Ranong sahaja.

Senarai penuh lokasi Songkran 2019 boleh di dapati di laman web TAT : Songkran Location 2019

Sumber : TAT Thailand

SONGKRAN DISAMBUT SEDERHANA DI BANGKOK

Destination: