Tiada Penganjuran Rasmi Pesta Songkran Di Bangkok Tahun Ini

TERKINI
April 08, 2019 - 11:38 AM


Festival songkran merupakan acara festival tahunan yang dinantikan oleh pelancong yang ke Thailand kerana boleh bermain air secara besar-besaran.

Tidak dinafikan yang festival tersebut menyumbang kepada kedatangan pelancong ke Thailand, tahun ini nampaknya tiada penganjuran secara besar-besaran ataupun penganjuran rasmi.

Beberapa lokasi penting di Bangkok dalam masa yang sama telah dilaporkan tidak akan menganjurkan Sonkran secara besar-besaran, ini termasuklah kawasan yang popular dalam kalangan backpacker, Khaosan Raod dan juga Silom Road.

Berdasarkan takwim tradisional, Thailand akan menyambut Songkran pada 13 hingga 15 April yang mana orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain dan pelbagai cara dan peralatan seperti pistol air akan digunakan.

Tahun ini, nampaknya pelancong akan hampa kerana hanya acara kecil-kecilan ataupun persendirian sahaja akan dilakukan tanpa melibatkan penganjuran besar-besaran seperti sebelum ini. Ini disebabkan pihak berkuasa tidak mahu sambutan berkenaan bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand.

Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga diraja

Istiadat pertabalan rasmi Raja Maha Vajiralongkorn akan berlangsung 4 hingga 6 Mei nanti, walaupun ianya hanya akan berlaku bulan hadapan, majlis bandar raya telah mengeluarkan arahan pembatalan Songkran di dua lokasi utama dan mengingatkan mereka yang tetap ingin menyambutnya agar berbuat secara sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan pistol air bertekanan tinggi.

Kedai-kedai akan meneruskan operasi seperti biasa tetapi mereka tidak akan menyediakan bekalan air percuma dan serbuk pewarna seperti selalu.

Sebagai persediaan untuk pertabalan raja baharu, pelbagai kerja-kerja berkaitan istiadat telah dilakukan termasuk membaik pulih jalan raya, kawasan siar kaki dan lain-lain. Jika Songkran disambut secara besar-besaran, dikhuatiri semua kerja ini terpaksa dilakukan semula dan ia akan menganggu istiadat.

Nota Editor : Tak pernah merasa sambut Songkran ni, tapi itulah rasanya haritu pernah terbaca yang Songkran ni haram untuk muslim

TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI KOH LIPE - MALDIVES OF THAILAND

 

Destination: