Menara KL & Menara Alor Setar Dibuka Semula, Siap Ada Surprise Buat Pengunjung!

TRAVEL
June 29, 2020 - 02:41 PM


Selepas beberapa destinasi pelancongan popular mengumumkan pembukaan semula operasi mereka, kini tiba giliran Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar membuka pintu kepada pengunjung.

Ia sejajar dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang turut membenarkan pembukaan semula sektor pelancongan Malaysia secara berperingkat.

Bermula Sabtu lepas, kedua-dua menara ikonik itu akan beroperasi melibatkan semua perniagaan, tarikan dan kemudahan sedia ada -- namun dengan waktu operasi yang baharu.

Malah, tarikan lain di bawah pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd seperti Muzium Telekom dan Muzium Telegraf, di Taiping turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung mulai hari ini (29 Jun).

WAKTU LAWATAN BAHARU : 

Menara Kuala Lumpur : 10.00 pagi – 7.00 malam (Dibuka setiap hari)

Menara Alor Setar : 10.00 pagi – 10.00 malam (Dibuka setiap hari)

Muzium Telekom : 9.00 pagi – 5.00 petang (Dibuka setiap hari & Tutup: Cuti Umum)

Muzium Telegraf : 9.00 pagi – 5.00 petang (Dibuka setiap hari & Tutup: Cuti Umum)

Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Ainol Shaharina Sahar berkata, pihaknya telah bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19.

Ini termasuklah, melakukan sanitasi penuh bagi memastikan tahap kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis dan pembersihan secara berkala setiap 45 minit setiap hari.

Pembukaan semula itu dibuat selepas ia ditutup kepada pengunjung selama 3 bulan sebelum ini.

Pada bulan Julai ini, Menara Kuala Lumpur bakal memberikan suatu kejutan istimewa kepada pengunjung yang melawat bangunan ikonik pelancongan negara tersebut!

Nak tahu apa kejutannya...sama-sama kita nantikan!

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-2020 5499 atau layari www.menarakl.com.my ; Facebook @officialmenarakl; Instagram @menarakl.

Manakala Menara Alor Setar di talian 04-720 2901 atau layari www.menaraalorsetar.com.my; Facebook @menaraalorsetarofficial; Instagram @menaraalorsetarofficial.

Sumber: Mstar

Destination: