Menjejaki Misteri Kapal PLTD Apung Yang di Hanyutkan Tsunami di Aceh

TERKINI
August 10, 2017 - 05:04 PM


Masih segar dalam ingatan tentang peritistiwa Tsunami di Aceh pada tahun 2004 bila menjejakkan kaki di Bumi Aceh. Pelbagai kisah yang tak terjangkau oleh minda manusia berlaku semasa Tsunami dahulu.

Dari Masjid yang tak musnah sehinggalah Kapal seberat 3000 tan itu boleh di heret sejauh 5km dari tempat berlabuh. Banyangkan betapa kuatnya ombak ketika itu. 

Misteri kapal PLTD yang berat tu sehingga kini masih menghantui penduduk Aceh. 

Baru-baru ini semasa trip oleh Wonderful Indonesia kami berpeluang untuk melihat sendiri bangkai kapal yang besar tu terdampar di tempat ia di hanyutkan. Suatu perasaan yang tidak boleh di gambarkan tentang kejadian ini.

Tak tahu lah macam keadaan semasa peristiwa ini berlaku. Besarnya kuasa Allah itu. 

Antara lokasi menarik di Aceh ialah kapal PLTD Apung, kapal milik PLN yang dihanyutkan ombak tsunami sejauh 5km dari Pelabuhan Ulee Lhee. Kapal ini sekarang terdampar di Perkampungan Gampong Punge. Jika dilihat dari segi saiznya yang besar dan berat, tidak mampu kita berfikir, mana mana kren boleh mengangkat dan meletak kapal ini kembali ke tempat asalnya.  

Khabarnya masih terdapat mayat mayat yang tidak dapat dikeluarkan dibawah perut kapal PLTD Apung ini. Wallahua'lam

bahagian dalam kapal dah jadi muzium
luas dan besar 

Media yg terlibat untuk FAM trip Aceh
View dari atas kapal
Syok juga lepak kat atas ni. tapi angin kuat

Jadi jika datang ke Aceh jangan lupa singgah sebentar di Kapal PLTD Apung 1. 

INFO

  • Berat Kapal tanpa muatan: 2,600 Tan
  • Panjang: 63 meter
  • Keluasan: 1,900 meter persegi
  • Di hanyutkan oleh Tsunami sejauh 5km


 

Destination: