Papua New Guinea : 7 Fakta Yang Tidak Diketahui Ramai

TERKINI
July 15, 2019 - 05:01 PM


Ramai yang beranggapan Papua New Guinea adalah sebahagian daripada Indonesia, sebenarnya salah sama sekali. Papua New Guinea merupakan sebuah negara dan ia tergolong dalam rantau Oceania yang meliputi Australasia, Melanesia, Micronesia dan Polinesia.

Papua New Guinea berada dalam Melanesia yang meliputi 4 buah negara iaitu Vanuatu, Solomon Island, Fiji dan Papua New Guinea.

Dari segi geografi, Papua New Guinea teletak di bahagian timur manakala sebelah barat adalah sebahagian daripada Indonesia iaitu Papua dan Papua Barat. Disebabkan faktor ini, ramai yang tersalah anggap yang Papua New Guinea adalah sebahagian dari Indonesia.

Berikut ada 7 fakta yang anda perlu tahu tentang Papua New Guinea :

#1. Ketua Negara Adalah Ratu Elizabeth II

Disebabkan Papua New Guinea menggunakan perlembagaan beraja, Ratu Elizabeth II merupakan ketua dan diwakili oleh Gabenor Jeneral iaitu Michael Ogio.

 

#2. Negara Yang Pelbagai

Kepelbagaian yang terdapat di Papua New Guinea sangat meluas. Dari segi bahasa, terdapat lebih 850 jenis bahasa yang dipertuturkan di sini termasuk bahasa rasmi mereka iaitu Bahasa Inggeris, Hiri Motu, Bahasa Isyarat Papua New Guinea dan Tok Pisin.

Sebab utama terdapat banyak bahasa adalah disebabkan banyaknya suku kaum asli yang bertutur bahasa yang berlainan. Menurut rekod, Papua New Guinea mempunyai populasi seramai 8.251 juta orang pada 2017.

 

#3. Keadaan Geografi Yang Kompleks

Credit : National Geography

Permukaan bumi di Papua New Guinea adalah sangat kompleks dan tidak seperti negara lain. Sebagai contoh, terdapat tanah tinggi yang mempunyai penduduk yang padat, kawasan pantai hanya dilitupi hutan dan lain-lain.

Ini merupakan faktor yang sukar untuk menghubungkan atau menyediakan jalan untuk tujuan pengangkutan. Ada beberapa wilayah hanya boleh diakses menggunakan pesawat atau helicopter sahaja.

 

#4. Medeka Tahun 1975

Papua New Guinea berjaya membentuk pemerintahan sendiri pada 1973, 16 September 1975, Papua New Guinea diumumkan sebagai negara merdeka oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

#5. Memiliki Haiwan Australia

Papua New Guinea berada dalam kawasan Australasia, dan pada zaman dahulu, dikatakan Pulau Papua dan Australia adalah bersambungan.

Disebabkan pemanasan global, ianya terputus. Disebabkan ia pernah ‘menjadi satu’ dengan Australia, kita boleh jumpai pelbagai haiwan yang terdapat di Australia di Papua New Guinea. Antara ciri-ciri yang ada ialah mamalia jenis marsupial seperti Kangaroo dan Possum. Beberapa spesis burung juga boleh dijumpai di Papua New Guinea.

 

#6. Habitat Burung Cenderawasih

Selain di Indonesia, habitat burung cenderawasih atau disebut sebagai bird of paradise ini terdapat di Papua New Guinea. Ya, burung ini sebenarnya wujud, dan cerita ia hanya bertelur di atas awan hanyalah mitos.

Bagi masyarakat Papua New Guinea, burung cenderawasih merupakan kebanggaan dan mereka mengangkat burung berkenaan sebagai simbol negara.

 

#7. Khazanah Yang Tidak Berusik

Ibu Negara Papua New Guinea terletak di Port Moresby, disitulah pusat pemerintahan, disitu juga pusat ekonomi. Kalau nak diikutkan, Papua New Guinea merupakan sebuah negara yang penuh dengan sumber kekayaan yang belum ditemui. Contohnya minyak, tembaga dan emas serta kopi.

Namun, disebabkan keadaan geografi yang agak rumit, kos untuk menemukan kesemua ini agak sukar. Mungkin disebabkan itu, banyak kawasan disini masih belum terusik.

 

Destination: