Peluang Anda Untuk Bermalam Di Kapal Penyelidikan Alucia Secara Percuma!

TRAVEL
January 30, 2018 - 10:23 AM


AirBnB menawarkan penginapan percuma selama 2 malam di kapal penyelidikan Alucia. Ini termasuk dengan pengembaraan ke dasar laut dengan kapal selam yang disediakan di kapal Alucia tersebut.

Alucia merupakan sebuah kapal penyelidikan yang direka khas untuk menjalankan kajian saintifik di lautan, dan telah digunakan untuk merakamkan Blue Planet II, iaitu sebuah dokumentari di BBC WORLD berkenaan dengan lautan dan telah ditayangkan pada 20 Januari lalu.

Lebih menarik lagi, salah seorang penerbit dokumentari berkenaan iaitu Orla Doherty akan menjadi host anda sepanjang anda di Alucia.

Trip yang berlangsung sepenuhnya dari 4 – 8 April ini, termasuk ekspedisi bawah laut menggunakan salah sebuah daripada dua kapal selam yang ada di  Alucia, TRITON 3300/3 atau Deep Rover.

Kapal selam ini direka untuk menahan beratus-ratus pound tekanan untuk menjalankan penyelidikan sains marin, meneroka bangkai kapal, dan mengambil video dalam air. "Sepanjang jalan anda pasti melihat pelbagai keindahan makhluk di bawah air," menurut posting di AirBnB berkenaan.

Sekiranya anda ingin mencuba nasib, anda perlu menghantar esei berbahasa English sebanyak 50-550 perkataan menceritakan apa yang anda impikan untuk meneroka di bawah lautan… Pergi ke AirBnb dan cari Night At Blue Planet II. 

Pertandingan ini dibuka kepada merek yang berusia 18 tahun ke atas yang berada dalam kesihatan fizikal yang baik dari negara-negara berikut sahaja: AS, Kanada (tidak termasuk Quebec), China, Singapura, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Jerman, Portugal, Sepanyol , dan UK.

Tiga orang akan dipilih berdasarkan betapa baiknya esei mereka, dan masing-masing boleh membawa seorang kawan sepanjang perjalanan.

 

 

 

Sumber : The Verge