Penginapan Airbnb Paling Terkenal Di Dunia – Mushroom Dome Cabin, San Francisco

JALAN-JALAN
April 01, 2019 - 04:46 PM


Airbnb adalah aplikasi yang menawarkan penginapan pelbagai jenis dengan harga berpatutan dan boleh dikatakan ‘hotel killer’. Dijangkakan terdapat kira-kira 150 juta orang pengguna dan lebih daripada 4 juta tawaran penginapan di aplikasi tersebut.

Kalau nak tahu, Airbnb juga ada menawarkan penginapan di villa mewah dan pelbagai lagi pilihan penginapan seperti yang ada di San Francisco ini.

BACA JUGA : Bosan Dengan Hotel? Jom Cuba Bermalam Di 5 Airbnb Unik Dalam Malaysia

Dikenali sebagai Mushroom Dome Cabin, penginapan ini merupakan penginapan yang paling popular di Airbnb dengan rekaannya yang unik seperti cendawan dan terletak di dalam hutan di San Francisco.

Dome ini mampu memuatkan 3 orang tetamu dan mempunyai 1 bilik tidur dan 2 buah katil. Selain itu, dari segi rekaan, ia mengetengahkan sedikit ciri-ciri tradisional dan tidak terlalu moden.

Kalau ada yang nak bercuti ke sana, cubalah menginap di sini. Boleh menikmati keindahan alam sekitar. Untuk satu malam, lebih kurang USD 130 atau RM531~ dan tempahan, semestinya melalui aplikasi Airbnb.

Nota Editor : Punyalah popular, Mushroom Dorm Cabin ni fully booked sampai Oktober, ada kurang lebih 15 hari je tidak ditempah. Fuh!

Sumber : Airbnb


SEBELUM TEMPAH AIRBNB, KETAHUILAH PERKARA INI 

;