Percutian di Pulau Rawa Johor, Ini Yang Perlu Korang Tahu! Simple dan Padat

JALAN-JALAN
August 25, 2020 - 05:26 PM


Pulau Rawa, Johor. Kalau nak merasa bercuti macam royalti, Pulau Rawa ini antara tempatnya kalau anda kat Johor. Sebabnya pulau ini adalah pulau persendirian milik Tuanku Sultan Johor.

Kalau anda nak merasa cuti dalam pulau terpencil, ini antara tempatnya. Pulau kecil ini tak ada kenderaan. Nak ke sana sini, boleh jalan kaki.

Pulau Rawa terletak kira-kira 16km dari jeti Mersing. Kalau naik bot, lebih kurang 20-25 minit.

Di pulau ni hanya terdapat dua buah resort sahaja iaitu Rawa Island Resort dan Alang's Rawa. Kedua-dua resort ni terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Mana satu resort yang paling best?

Haa soalan tu sangat subjektif. Sebabnya masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Kalau korang jenis nak laidback, chill-chill dan santai, korang boleh menginap di Alang's Rawa.

Tapi kalau nak lebih selesa dan datang dengan family, boleh la menginap di Rawa Island Resort. Sebab di Alang's Rawa, dorang hanya provide basic facilities.

Walaupun basic, ianya okay je sebab kat sini chalet tak banyak. Ada 14 unit je. Jadi takde la crowded. Korang boleh photoshoot puas-puas takde orang kacau. Lepas tu, lokasi dia best. Semua chalet menghadap laut.

Few steps away to the beach gittew..

Apa yang ada dekat sini?

Yang ada adalah air jernih, ikan warna warni, suasana pulau dan pemandangan laut membiru. Amat sesuai untuk orang yang betul datang nak jauh dari suasana hutan batu.

Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di Rawa:

  • Snorkeling
  • Kayaking
  • Island walk
  • Sunset trekking
  • Stargazing
  • Diving
  • Water sliding (untuk yang menginap di Rawa Island Resort)
  • Jungle Trekking

Soalan famous, berapa kos untuk ke sini?

Untuk pakej 3D2N. Harga terkini boleh rujuk di website Alang's Rawa. Kalau pergi berdua, mahal lah sikit. Kalau ramai, boleh la share the cost.

Pakej termasuk:

 

  • Return boat
  • Meals 
  • Activities
  • Accommodation

Secara kasar, sediakan dalam RM 1000 seorang untuk berehat di Rawa selama 2 hari. Kos ini mungkin lebih rendah kalau anda tinggal di hut bajet (di Alang’s) atau lebih tinggi (kalau anda kuat makan atau anda ambil pakej lebih mahal di Rawa Island Resort).

Dan harga kat atas, adalah harga berkongsi 2 orang sebilik. Kalau lebih ramai dalam 1 bilik, lebih murah.

Selain itu ada yuran Taman Marin yang kena bayar di jeti. Sekitar RM 20 untuk orang Malaysia dan RM 50 orang luar negara.

Waktu yang sesuai untuk ke Rawa?

Semua bulan kecuali December dan January. Sebab time ni monsoon.

Cara Ke Pulau Rawa Johor

Nak ke sini, anda perlu ke jeti Mersing. Jeti Mersing ini dalam 5 jam memandu dari Kuala Lumpur.

Dari jeti Mersing, anda akan naik bot ke Pulau Rawa. Jaraknya dari jeti dalam 19 km. Dan anda bakal duduk dalam bot selama 30 minit.

Jangan pening cari bot nak naik. Sebab selalunya orang tak ke sini untuk day trip. Kalau anda ke sini dan menginap, urusan pergi balik bot selalunya memang sudah termasuk dalam pakej.

Macam mana nak book pakej?

Untuk membuat tempahan korang boleh ke laman web resort terus. 

Perkongsian dari @ayuhasman dan https://www.jomjalan.com.my/

Destination: