Pulau Rinca, Destinasi Alternatif Pulau Komodo

July 19, 2019 - 02:51 PM


Ramai sedia maklum yang kerajaan Indonesia bakal menutup Pulau Komodo menjelang tahun 2020 untuk tujuan pemuliharaan kawasan berkenaan. Sebagai alternatif, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Presiden Jokowi mengesyorkan pelawat untuk ke Pulau Rinca yang juga merupakan habitat asal spesis biawak terbesar di dunia tersebut.

Pulau Rinca yang berkeluasan 19 ribu hektar ini terletak di daerah Manggarai Barat, Nusa Tenggara dan mempunyai kira-kira 2,300 biawak Komodo dan sebenarnya lebih banyak dari jumlah yang berada di Pulau Komodo sendiri.

Juga berada di dalam lingkungan Taman Negara Komodo, ada terdapat empat buah pulau kesemuanya iaitu; Pulau Komodo, Pulau Rinca, Gili Motang dan Nusa Kode.

Dari segi saiz, Pulau Rinca merupakan pulau kedua terbesar antara empat pulau dalam Taman Negara Komodo dan faktor utama yang membuatkan populasi biawak terbesar di dunia itu paling banyak adalah permukaan bukit batu kapur dengan savanna luas yang menjadi kegemaran spesis tersebut.

Selain biawak Komodo, pelancong yang kesini akan memilih untuk membuat aktiviti trekking untuk melihat banyak lagi hidupan liar yang hidup bebas di pulau berkenaan.

Jika menggunakan jeti, anda akan ‘disambut’ dengan kawasan yang dipanggil dengan Loh Buaya. Loh Buaya ini merupakan sebuah teluk kecil yang merupakan habitat buaya di sana. Pelancong akan disambut dengan jambatan kayu yang juga pintu masuk ke Pulau Rinca.

Sumber : Website | Jakarta Post | Tour Komodo
 



PILIHAN EDITOR

Destination: