Scam Tempahan Hotel – Cara Nak Tahu Dan Elak Ditipu Scammer

September 13, 2018 - 04:48 PM


Masa nak tempah hotel, pernah tak korang just Google nama hotel dan klik pada keputusan search yang pertama? HATI-HATI, korang boleh rugi besar dan silap-silap tertipu dengan scam tempahan hotel.

Satu laporan dikeluarkan oleh AHLA; Persatuan Hotel Dan Lodge Amerika mengatakan 15 juta tempahan hotel dibuat setiap tahun dan semua tempahan ini adalah mangsa scam hotel booking! Bilangan ini adalah sesuatu yang serius, dan semakin bertambah setiap tahun.

Maknanya, memang scammer hotel booking ni aktif melakukan kegiatan diorang.

Macam ni cara scam diorang; bila korang lakukan carian di Google dan klik pada link pertama yang keluar, korang akan pergi ke satu ‘landing page’ yang nampak seakan-akan laman web sebenar hotel berkenaan, tapi sebenarnya tidak.

Kedua, korang tanpa ragu-ragu lakukan tempahan dan tempahan korang tu sebenarnya tak refundable.

Akhirnya, bila korang sampai di hotel, tempahan korang tu ternyata tak ada langsung dalam sistem. Buatnya nasib tak baik, hotel semua penuh, bermalam dalam keretalah jawabnya.

Dalam dunia yang serba moden ni, semua benda kitab oleh buat dihujung jari. Jadi, apelah sangat kalau nak create satu website palsu yang seakan-akan website hotel sebenar. Kebiasaannya, kalau dah masuk laman web palsu ni, tempahan bilik korang tidak valid, kredit kad akan dipalsukan dan disalahguna dan macam-macam lagilah.

Jadi, apa caranya supaya  kita tak tertipu dengan scam tempahan hotel ni? Ada beberapa langkah yang korang kena buat ; iaitu…

 

#1. Periksa URL Website tersebut

Kebanyakan laman web yang legit atau tulen, biasanya akan bermula dengan HTTPS, bukannya HTTP. ‘S’ pada HTTPS tu menandakan yang website tersebut adalah secured. Cara lain korang nak tahu adalah tengok tanda lock pada belah kiri search bar tu. Biasanya ada sebelum website.

Kalau ada tanda lock tu, jangan risau, laman web itu selamat.

 

#2. Call Atau Tempah Direct

Cara paling selamat, dengan panggilan telefon. Cara kedua, tentulah laman web rasmi hotel tersebut. Cara ketiga, laman web pihak ketiga yang diakui kredibilitinya macam contoh kita tahu Trivago, Agoda, Booking.com, HotelsCombined dan sebagainya.

SILA BERINGAT, apa yang keluar sebagai laman web pertama di Google selepas korang tekan search atau enter tak semestinya laman web rasmi hotel. Kalau korang ragu-ragu, terus call hotel untuk dapatkan kepastian dan sebagainya.

Satu tips kalau korang risau tercall ‘call centre scammer’ tersebut, tanyakan benda-benda yang staff hotel boleh jawab. Misal kata fasiliti penuh, kawasan tarikan terdekat atau port makan best.

 

#3. Perhatikan Syarat Refund

Kebanyakkan hotel akan terima bayaran setelah kita sampai di hotel. Ada sesetengah yang minta deposit dahulu kendian, bila sampai hotel, baru bayar selebihnya. Website hotel yang legit akan beritahu bila pembayaran penuh akan diminta dan sebagainya.

Tips tambahan, tengok syarat untuk refund duit booking berkenaan. Kebiasaanya, dalam industri yang semua hotel nak bersaing dengan hotel-hotel lain, diorang akan ada syarat masing-masing.

 

#4 Gunakan Kredit, Bukan Debit

Selain kebanyakkan kredit kad ada sediakan protection tambahan berkenaan scam penipuan dan sebagainya, kebanyakan bank akan lebih mudah membantu untuk dapatkan semula ‘duit’ yang hilang tu kalau gunakan kredit berbanding debit.

 

#5. Dapatkan Breakdown Harga

Kalau sesuatu laman web tu tak sediakan pecahan harga apa yang kita bayar, korang patut berhati-hati. Kebiasaannya, laman web yang sebenar akan nyatakan dengan lengkap bayaran duit kita itu untuk apa dan sebagainya.

contoh breakdown bill hotel

Website scam ni biasanya akan tunjuk harga nett sahaja; satu untuk pancing pengguna yang tak berhati-hati, dua supaya korang tak rasa rugi kalau tak book cepat-cepat, ye lah, tawaran harga murah tak masuk akal. Siapa taknak.

 

Jadi, untuk korang yang rajin travel tu, jangan jadi malas. Baca dan perhatikan website yang korang masuk tu. Supaya tak tertipu. Ini tidak, nampak harga murah, terus terpancing. Sudahnya, duit kemana, tempat tinggal tak ada.