Sebelum Melancong Ke Jepun, Ini 7 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

December 20, 2018 - 03:40 PM


Jepun antara negara yang bersih, selamat, cantik dan penuh dengan sejarah didalam dunia ni. Jepun juga antara Negara yang penuh beradat dan etika. Korang pun mesti memasang impian untuk bercuti ke Jepun kan?

Tapi sebelum korang bercuti ke Jepun, kami kongsikan beberapa perkara yang korang perlu tahu sebelum ke Jepun.

Jangan Tunding Jari

Di Jepun, menunding jari ke arah orang lain atau benda korang boleh dianggap sebagai kurang ajar. Orang Jepun akan melambai secara menggunakan tangan mereka untuk menunjukkan sesuatu. Tunjuk sesuatu menggunakan chopstik dianggap sopan santun di Jepun.

Jangan Langgar Etika Chopstik

Orang Jepun mesti berbangga dan tersenyum lebar kalau korang makan menggunakan chopstik. Tapi ada beberapa perkara yang mungkin korang terlepas pandang dan boleh mengguris hari orang Jepun. Korang jangan sesekali cucuk menegak chopstik korang ke dalam nasi dan merehatkan chopstik korang dari arah barat ke timur. Ini kerana perkara ini hanya dilakukan semasa upacara pengembumian.

Jangan Jawab Telefon Dan Bercakap Ketika Berada Dalam Kereta Api

Betul! Jangan jawab telefon masa korang dalam kereta api di Jepun. Malah, korang juga tak digalakkan bercakap dalam kereta api. Kalau nak bercakap pun, korang kena bercakap secara perlahan-lahan. Orang Jepun menggunakan handphone mereka dengan penuh cermat dan tidak menganggu orang lain.

Jangan Makan Ketika Berjalan

Orang Jepun tak makan dan minum ketika mereka berjalan. Kalau mereka beli minum di vending mesin, mereka akan segera minum dan buang didalam mesin berhampiran. Makanan segera yang dibeli pun akan dibawa balik untuk dimakan.

Jangan Buang Sampah Merata-Rata

Tong sampah di Jepun very limited dan jarak antara tong-tong tu amatlah jauh. Ini kerana orang Jepun tidak mengamalkan makan dan minum semasa berjalan. Korang kalau tiba-tiba perlu membuang sampah semasa di Jepun, korang simpan dulu dan carilah tong sampah layan diri di tepi jalan atau di antara kiost di stesen subway. Dalam toilet pun tak ada tong sampah tau.

Jangan Bersin Dikhalayak Ramai

Kebersihan amat penting bagi orang Jepun. Kalau korang bersin dikhalayak ramai, korang boleh dianggap kurang ajar kerana dianggap sperti perbuatan yang kotot dan menjijikkan. Korang cubalah tahan kalau nak bersin tu. Cuba cari tempat yang sunyi untuk bersin. Korang juga digalakkan memakai topeng muka.

Jangan Memberi Dan Menerima Dengan Satu Tangan

Sopan santun antara menjadi imej orang Jepun. Mereka akan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka untuk memberi atau menerima sesuatu walaupun kecil.

Selamat bercuti ke Jepun!

Guest Editor: Muhamad Nizam

Destination: