Senarai Backpackers Hostel Terbaik Di Bawah RM30 Di Sekitar Bali
Bali merupakan salah satu destinasi pilihan ramai backpackers untuk melakukan pengembaraan solo mahupun berkumpulan. Kebiasaannya, geng-geng backpackers ni lebih gemar tinggal di backpackers hostel, ataupun Airbnb kalau berkumpulan.
Salah satu sebab utamanya adalah ‘style’ diorang ni seboleh-bolehnya akan cuba minimumkan perbelanjaan. Kalau fikir logik, kita akan sentiasa berjalan-jalan atau menghabiskan masa diluar. Jadi, kalau menginap di hotel yang mahal, agak merugikan.
Okay. Kalau di Bali, ada beberapa lokasi popular dalam kalangan backpackers disebabkan tarikan yang ada disana. Tiga lokasi popular di Bali dalam kalangan backpackers adalah di Kuta, Ubud dan Seminyak.
Untuk senarai backpackers hostel yang kami sediakan ni, macam biasa, kami pilih yang terbaik di setiap lokasi. Hostel berharga bawah RM30 untuk satu malam, setiap backpackers hostel pilihan kami ini kesemuanya mempunyai rating 9.0 ke atas di Hostel World.
KUTA
#1. Celebbest Kuta Hostel – Rating 9.1
Plus point hostel ini adalah dia ada swimming pool dan dia sediakan sarapan pagi. Dari segi bilik, dia ada dua pilihan iaitu dorm campuran atau dorm khas untuk perempuan sahaja.
Kalau nak double bed dan bilik private pun ada, cuma harga lain lah.
Harga per malam : RM 19.67 / malam.
Lokasi : Jl. Poppies 1, Gang Bedugul, No.11, Kuta
#2. Bali Caps Kuta– Rating 9.0
Terletak di persimpangan jalan utama Kuta, jarak hostel ke Pantai Kuta hanya 10 minit dan 10 minit untuk ke airport dan harga lebih kurang 25 hingga 30 ribu rupiah sahaja kalau guna Grab dan sebagainya.
Kalau nak ke Ubud pun mudah sebab hostel ni sebelah stesyen bas shuttle untuk ke Ubud.
Jenis penginapan di sini adalah dorm campuran dan dorm khas wanita.
Harga per malam : RM 26.70 / malam.
Lokasi : Bypass Ngurah Rai 9A, Kuta
#3. Kayun Hostel Downtown – Rating 9.0
Kayun Hostel Downtown ini merupakan ‘adik’ kepada Kayun Hostel yang telah memenangi pelbagai anugerah. Kayun Downtown menjanjikan penginapan berkualiti dan rekaan dalaman yang cantik.
Menyediakan swimming pool kecil serta wifi percuma di seluruh hostel.
Bilik yang disediakan adalah jenis dormitory campuran dan korang boleh pilih dorm 4 orang, 8, 14, 15 dan 20 orang pun ada. Kalau nak bilik private, ada juga, tapi bukan bawah rm30 lah.
Harga per malam : RM 22.48 / malam.
Lokasi : 182, Legian Street, Kuta
UBUD
#1. Keladi House Ubud – Rating 9.8
Kalau korang nak pengalaman yang lain dari yang lain, boleh cuba tinggal di Keladi House yang berada di tengah sawah padi dan korang boleh menikmati suasana Ubud yang menenangkan.
Senang cerita, kalau nak lari dari kesibukan kota, datanglah ke Ubud.
Oh, Keladi House ada sediakan breakfast percuma tau.
Dari segi pilihan bilik, terdapat 2 dorm campuran. Sama ada 8 katil atau 6 katil.
Harga per malam : RM 26.70 / malam – 6 katil | RM28.10 / malam – 8 katil
Lokasi : Jalan Raya Pengosekan, No 103, Ubud
#2. Gusti Backpackers House – Rating 9.5
Terletak di pekan tradisional Ubud, boleh dikatakan korang jalan kaki sahaja untuk sampai ke Ubud Market, Monkey Forest atau Ubud Market. Disebabkan dia ditengah-tengah pekan, nak cari tempat makan pun senang.
Pilihan dorm ada untuk perempuan, perkongsian 4 katil dan dorm campuran 6 katil.
Harga per malam : RM 28.10 / malam.
Lokasi : Jalan Hanoman, No.6, Ubud.
#3. Vanara Sugriwa Backpaker Dorm
Sama seperti hostel lain, Vanara Sugriwa juga turut sediakan makanan pagi percuma dan lokasinya yang dekat dengan pelbagai tarikan serta restoran di Ubud.
Hostel ini merupakan pilihan ramai backpackers jugak sebab design dia yang menarik dan unik.
Pilihan dorm; hanya ada dorm camputran 10 katil.
Harga per malam : RM 22.48 / malam.
Lokasi : Jl. Sugriwa No 2, Ubud, Gianyar, Bali
-
[Itinerari Ringkas] 5 Hari 4 Malam Bali, Indonesia
-
Hujung Minggu Di Ubud, Bali - Bajet Hanya RM300
-
6 Restoran Halal & Muslim Friendly Di Bali, Indonesia
SEMINYAK
#1. Socialista Lifestyle Hostel – Rating 9.3
Perjalanan untuk ke pantai hanya 5 minit, dan korang takkan dapat tawaran lain dengan rating dan keselesaan yang diberikan oleh hostel ni.
Hostel ini kalau nak ikutkan memang ada di lokasi yang cantik di Bali, warna dia pun meriah, dan ada swimming pool ye.
Pemilihan dorm, ada 4 pilihan dorm campuran iaitu 10, 13, 14 atau 16 katil ataupun dorm khas wanita, 16 katil.
Harga per malam : RM 27.82/ malam.
Lokasi : Gang Dua, Batu Belig Rd, Kerobokan Kelod, North Kuta, Badung Regency, Bali.
#2. D’Gobers Hostel – Rating 9.1
Terletak di Petitenget, hostel ini merupakan hostel bertema dan mempunyai pendingin hawa di setiap dorm.
Ada common area dan televisyen.
Untuk dorm, ada pilihan dorm campuran dan dorm khas wanita. Bermua dengan 8 katil, 14 katil, 18, 22. Dorm wanita tu 22 katil tau.
Harga per malam : RM 26.70 / malam.
Lokasi : Jalan Raya Petitenget, No 12, North Kuta, Badung, Seminyak.
Macam mana? Ada terasa nak book tiket flight gi Bali sekarang tak? Hehe… Sebelum tu, apa kata korang baca dulu, Etika Menginap Di Backpackers Hostel ni....
Photo Kredit : Booking.com | HostelWorld | Facebook