Senarai Hotel Terbaik Untuk Setiap Jenis Percutian
Sebut pasal travel, setiap orang ada ‘style’ yang tersendiri. Ada yang suka travel berkumpulan, ada yang travel dengan family, travel solo dan sebagainya. Walau apapun jenis travel korang, perkara yang selalu dititik beratkan adalah perihal penginapan selain daripada transport, makan dan lain-lain.
Jika korang perlukan ‘getaway’ atau percutian dalam Malaysia, bergantung kepada jenis atau cara korang travel daripada travel dengan keluarga mahupun kengkawan. Untuk setiap jenis, kitorang akan bagitahu kenapa ianya terbaik.
Berdasarkan beribu-ribu hotel di Malaysia, ini adalah hotel terbaik pada tahun 2018. Jenis-jenis traveller pulak, kita kelaskan dengan :
Keluarga – remaja/mahupun anak kecil
Pasangan – yang dah lama berkahwin/pengantin baru
Kengkawan – berkumpulan / kawan baik (bff)
Hotel Terbaik Untuk Percutian Bersama Keluarga –
Sebut pasal percutian bersama keluarga, semestinya kita mahukan semua ahli keluarga berasa seronok dengan percutian tersebut. Dekat sini, kebiasaaannya kita akan bergantung kepada aktiviti yang kita nak buat di hotel atau sekitar hotel tersebut.
Kalau korang nak bercuti dalam Kuala Lumpur, boleh ke Berjaya Times Square Hotel. Di sebabkan lokasinya boleh dikatakan berdekatan dengan tengah-tangah bandar KL dan banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga. Lagi-lagi kalau ada anak remaja.
Kalau korang ada anak yang masih kecil pulak, boleh lah cuba bercuti di Hotel Jen Puteri Harbour, Johor. Rasanya yang ini, untuk anak remaja pun sesuai sebabkan sebelahnya ada Legoland!
Tapi kenapa kitorang cakap sesuai untuk anak kecil ialah sebab bilik di hotel ini dilengkapkan dengan karakter kartun popular kegemaran budak-budak macam Bob the Builder, Pingu dan jugak Thomas and Friends.
Hotel Terbaik Untuk Percutian Bersama Pasangan –
Jika korang mempunyai plan untuk adakan percutian yang romantis bersama pasangan, boleh cuba ke Lexis Hibiscus Hotel di Port Dickson.
Hotel premier ini boleh dikatakan mewah jugaklah. Dengan beberapa plus point yang akan menyemarakkan cinta korang. Hehe.
Hotel Terbaik Untuk Percutian Bersama Kawan-Kawan -
Kalau sebut pasal bercuti dengan kawan-kawan, mesti ada yang merancang yang nak ke pulau, atau sekadar nak menginap dekat hotel yang mudah dan dekat. Jawapannya, ada di Aloft KL Sentral. Pandangan pertama hotel ni dah boleh buat korang jatuh hati tau.
Dengan infinity pool di bumbung hotel yang dibuka sampai lewat malam, korang boleh chill dan lepak dekat pool je dengan kengkawan. Selain tu, sambil lepak-lepak tu, korang boleh nikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur.
Lagi satu, yang menarik adalah design hotel ni, sangat menepati citarasa anak muda.
Hotel Terbaik Untuk Percutian Seorang ‘Forever Alone’ –
Untuk yang ‘forever alone’, atau yang biasa travel secara solo, jangan risau, korang tak dipinggirkan. Kalau Aj, Aj prefer AirBnb, atau backpackers hostel. Sebabnya, dekat sini kitab oleh bergaul dengan traveller lain. Boleh berborak-borak dengan diorang, share pengalaman dan sebagainya.
Kalau nak yang cantik, instragram-able, korang boleh ke The Bed KLCC. Kalau difikirkan konsep, dia adalah kapsul hotel.
Selain dekat dengan shopping mall, tarikan-tarikan menarik area KL, The Bed KLCC ni ada kelengkapan-kelengkapan asas macam WiFi, breakfast dan sebagainya. So, ada Wifi, sesuailah kalau korang jenis kena kerja masa travel.