Sentai - Kedai Peralatan Dapur Terbaik Di KL, Confirm Bini Dan Mak Tak Nak Keluar

TRAVEL
March 17, 2021 - 10:02 AM


Peralatan dapur yang cantik dan unik sudah menjadi barang koleksi buat kebanyakan isteri dan ibu di luar sana. Jadi tidak hairanlah apabila sebuah kedai peralatan dapur yang terletak di Ampang Kuala Lumpur ni mendapat perhatian orang ramai. Kedai yang bernama Sentai ni mempunyai pelbagai pilihan dan disebabkan susunan barangan yang sangat kemas, pelanggan memang seronok datang sini.

Peralatan dapur yang dijual mempunyai pelbagai variasi mengikut kegunaan dari rumah, kafe, restoran, katering, bakeri, dan juga kulinari. Semuanya ada di sini tau. Estetik pinggan mangkuk yang dijual juga menarik perhatian dan korang boleh dapatkan fullset mengikut warna dan design yang diingini. Bukan tu je, peralatan dapur seperti periuk ala-ala drama Korea pun ada tau. 

Selain itu, set perkakas yang menggunakan kayu juga dijual di Sentai. Senang cerita, apa sahaja barangan yang berkaitan dapur dari kuali, utensil, periuk, wok, pinggan, mangkuk, chopping board, pisau, segala-galanya boleh didapati di lokasi ini. Jadi sila berhati-hati kalau datang dengan bini atau ibu korang, takut diorang tak nak keluar kedai je nanti.

Oh ya, tidak dilupakan juga oven dan mikrowave untuk kedai bakeri atau kegunaan rumah. Harga barangan yang dijual di Sentai ini agak murah dan berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain. So kalau korang ingin upgrade dapur rumah, kedai, atau bakeri, bolehlah singgah kedai di Ampang ni. Have fun guys!

Alamat: Lot 4868, Off Jalan Mengkudu, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu, Ahad Cuti

Facebook

Destination: