Tak Perlu Ke Jawa Tengah Nak Ke Kampung Pelangi, Dekat Selangor Pon Ada!

TRAVEL
March 04, 2021 - 06:07 PM


Di Selatan Indonesia ada sebuah kampung kecil yang dulunya memang tiada tarikan, tetapi sekarang ini kampung itu memang menjadi tumpuan bagi pelancong tempatan dan asing yang sangat tertarik dengan landskap dan bangunan-bangunan di kampung tersebut yang dicat seperti pelangi. 

Sekarang ini kita masih tidak dibenarkan untuk melancong keluar negara, dan masih belum tahu lagi bila akan boleh. Tapi korang jangan risau, dekat Selangor pon ada Kampung Pelangi!

Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) yang terletak di Jeram, Selangor ini bakal menjadi tarikan pelancong bukan sahaja sebab dorang mempunyai dekorasi yang sangat unik, tapi tempat ini juga menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu membantu korang untuk hilangkan stress! 

Kampung Pelangi di Selangor ini tentu sekali direka dengan mengambil inspirasi dari kampung-kampung pelangi seperti kampung pelangi yang berada di Indonesia, Korea, dan Taiwan. 

KPKS asalnya merupakan sebuah tapak kem yang menyediakan pelbagai aktiviti seperti kem kepimpinan, kem motivasi, hari keluarga, dan sebagainya. Tetapi, disebabkan PKP, mereka mengambil keputusan untuk menaik taraf tempat tersebut untuk menjadi destinasi yang boleh membawa lebih ramai pengunjung. 

KPKS turut membina sebuah zoo mini yang mempunyai rusa, kuda, burung unta, iguana, kambing, dan beberapa haiwan lain lagi bagi membawa lebih banyak keluarga dengan anak-anak ke KPKS. 

Dekat sini korang boleh pilih untuk menginap di beberapa jenis penginapan yang menarik dan paling best, wang bayaran untuk masuk dan sewaan penginapan korang akan diperuntukkan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI) yang menyediakan kelas pengajian Iqra', al-Quran, pengajian Fiqah, dan Daurah Kitab secara percuma untuk masyarakat setempat. 

KPKS akan dibuka semula Jumaat (5 Mac) ini jadi orang Selangor korang boleh datang sini dengan keluarga dan cuci mata korang dengan melihat keceriaan kampung ini, dan ada banyak gila aktiviti yang korang boleh buat yang seriously akan hilangkan semua stress korang.  

Sumber: Mstar

Destination: