5 Lokasi Menarik Yang Khas Untuk Bawa Anak Anak Berhibur Sekitar Selangor

TRAVEL
September 24, 2021 - 01:35 PM


Memandangkan kerajaan bakal membuka semua sektor pelancongan, mesti ibu ayah semua teringin sangat nak luangkan masa bersama anak anak sebelum mereka masuk sekolah ni kan? Ini antara lokasi menarik sekitar Lembah Klang yang sangat sesuai untuk menghiburkan hati anak anak anda! Semua lokasi ini bakal dibuka semula tak lama lagi! Jadi, boleh la plan dari sekarang!

1. Zoo Negara

Kebiasaannya, kanak-kanak memang sukakan haiwan. Anda boleh membawa anak-anda berkunjung ke sini. Terletak di Ulu Klang dan berkeluasan seluas 110 ekar, Zoo Negara mempunyai kira-kira 400 spesis haiwan dan dihuni lebih kurang 5000 ekor haiwan.

Antara tarikan menarik Zoo Negara semestinya beruang panda yang sangat comel yang pasti menarik perhatian kanak-kanak. Di Zoo Negara juga terdapat aktiviti yang membolehkan pengunjung memberi makan kepada haiwan di sana tetapi anda kena check dulu kerana ia hanya pada waktu tertentu sahaja.

2. Farm in the City

Terletak di Seri Kembangan, tempat ini juga menjadi tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak. Ini kerana konsep tempat ini lebih kepada Petting Zoo di mana pengunjung boleh melihat dan memberi haiwan dengan lebih dekat berbanding di zoo.

Terdapat lebih 100 jenis haiwan di sini dan antaranya ialah ialah alpaca, kambing, arnab, burung, musang dan kura-kura. Penjaga zoo ini juga akan memberi pendedahan lebih tentang haiwan yang terdapat di sini seperti diet pemakanan dan gaya hidup haiwan berkenaan. Anda boleh berseronok sambil belajar bersama anak-anak, seronok kan!

3. I-City

Anak anda pasti teruja dengan kemeriahan dan keseronokan yang i-City tawarkan! Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah anda boleh mandi manda di taman tema air, merasai kesejukan salji di Snowalk dan bergambar bersama patung lilin selebriti dan figura terkenal dunia.

Selain itu, di waktu malam anda boleh menikmati pemandangan malam dengan hiasan lampu dan berseronok bersama anak-anak di funfair i-City ini. Ferris Wheel juga merupakan salah satu tarikan pada waktu malam.

4. Kidzania

Salah satu tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak, semestinya Kidzania! Pusat yang menawarkan keseronokan sambil belajar, anak anda boleh memilih lebih 70 karier di sini. Kidzania menawarkan hands on activity, di mana kanak-kanak di sini akan merasai pengalaman sebenar bekerja seperti orang dewasa.

Antara karier yang disediakan ialah juruterbang, wartawan, ahli bomba, chef, pelukis, dan jurujual. Kanak-kanak akan diberi wang dan mereka akan belajar bagaimana untuk menguruskan wang mereka. Mereka akan belajar untuk meningkatkan keyakinan diri, membina kemahiran bersosial dan yang penting, berseronok!

5. Sunway Lagoon

Sebut Sunway Lagoon, mesti kanak-kanak akan menjerit keseronokan! Taman tema yang berkeluasan 88 ekar ini mempunyai enam jenis tema iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon.

Sehari pasti tidak cukup untuk berseronok di sini. Anda boleh menginap di Sunway Resort Hotel & Spa. Kanak-kanak boleh berseronok, ibu-ibu boleh memanjakan diri mereka. Di sini juga tersedia pilihan makanan yang banyak dan menarik.

Destination: