Dah Boleh Ke Luar Negara, Negara Mana Nak Terima? Ini 15 Negara Yang Orang Malaysia Dah Boleh Pergi
Semalam kerajaan dah umum yang kita dah boleh berjalan ke luar negara tanpa MyTravelPass.
Tapi mungkin korang tertanya-tanya, kita memang lah dah boleh jalan ke luar negara, tapi negara mana yang akan terima pelancong dari negara luar, ataupun Malaysia secara spesifik?
Ini dia, kami kongsikan 15 negara yang korang boleh pergi, dan syarat-syarat mereka:
1. UNITED KINGDOM
- Wajib mendarat di London Airport (Transit Manchester tidak dibenarkan)
- Negative Covid Test 3 hari sebelum berlepas
- Tidak perlu kuarantin, tapi perlu melakukan covid test pada hari kedua
2. FINLAND
- Berkemungkinan benarkan pelancong dari Malaysia bermula 25 Oktober
- Perlu lengkap vaksinasi
- Perlu buat PCR test sebelum berlepas
- Perlu kuarantin
3. UKRAINE
- Sekurangnya-kurangnya 1 dos vaksin
- Tidak perlu kuarantin 14 hari
- Diwajibkan muat turun aplikasi VDOMA
- Wajib ada insurans travel
4. UNITED STATE
- Negative test 3 hari sebelum berlepas
- Proses permohonan visa yang lebih tegas
- Penerbangan terus dari negara asal, atau transit di negara2 yang dibenarkan sahaja
- Info kuarantin tak dapat disahkan
5. R0MANIA
- Wajib kuarantin 14 hari
- Lengkap vaksin
- Kena mohon sebelum travel
6. MAURITANIA
- Ujian covid negatif
- Kuarantin 10 hari
7. PULAU BALI SAHAJA
- 3 ujian PCR negatif
- 8 hari kuarantin ditanggung pelancong
8. ARAB SAUDI (UMRAH SAHAJA)
- Lengkap vaksin
- SOP dan tarikh akan diumumkan oleh kedua2 negara dalam masa terdekat
9. PHUKET SANDBOX
- Dalam Phuket sahaja
- Lengkap vaksin
- PCR negatif sebelum berlepas
- Insuran COVID19
- Certificate Of Entry daripada Kedutaan Thailand
- Tinggal di hotel yang disenaraikan sahaja
- Penginapan lebih 7 malam di Phuket jadi 'pass' untuk berjalan di lokasi domestik lain di Thailand
10. EGYPT
- Lengkap vaksin
- Tidak perlu kuarantin
- Negatif ujian PCR 96 jam sebelum tiba di Egypt
- Boleh dikenakan kuarantin sekiranya bergejala ketika tiba di sana
11. QATAR
- Negatif ujian PCR 72 jam sebelum tiba
- Tidak perlu kuarantin
- Sinopharm, Sinovac, Sputnik Vaccine Perlu ambik serology antibody sebelum tiba di Qatar
12. MALDIVES
- Negatif ujian PCR 96 jam sebelum tiba di Egypt
- Tidak perlu kuarantin
- Diwajibkan menjalankan ujian PCR sekiranya bergejala ketika tiba
13. ICELAND
- Lengkap vaksin
- Negatif ujian PCR
- Tidak perlu kuarantin
- Perlu mohon visa
14. UAE
- Lengkap vaksin
- Perlu mohon visa pelawat
- Ujian PCR ketika tiba
- Tidak perlu kuarantin, namun akan diwajibkan sekiranya bergejala pada waktu ketibaan
15. TURKEY
- Perlu mohon visa
- Ujian PCR ketika tiba
- Tidak perlu kuarantin
- Lengkap vaksin
Sumber: Twt @AfiqMahadhir