Tak Perlu Terbang Jauh Ke Moscow Tengok St Basil's Cathedral, Singgah Saja Di Masjid Lapan Kubah!
TRAVELKalau anda tak mampu untuk terbang jauh-jauh ke Rusia bagi melawat bangunan paling terkenal iaitu St Basil Cathedral di Moscow, jangan risau sebab sekarang anda hanya perlu ke Jerteh, Terengganu dan cari masjid yang bernama Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak.
Sebaik tiba di masjid itu, anda pasti teruja dan kagum apabila melihat senibina kubahnya yang persis dengan bangunan ikonik di Rusia hinggakan diberi jolokan sebagai "Masjid Rusia"!
Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung, masjid yang mempunyai kombinasi warna kubah itu berwarna-warni itu telah pun menjadi perhatian dan tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara.
Lebih membanggakan apabila rumah Allah itu juga tidak putus-putus dikunjungi pelawat dan sekaligus turut menyertai jemaah untuk sama-sama mendirikan solat.
Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Istimewanya di Masjid Lapan Kubah ini turut dipamerkan beduk yang telah berusia lebih 50 tahun yang digunakan untuk memanggil orang ramai setiap kali waktu solat.
Masjid Rusia ini memang cantik sangat untuk anda bergambar Instagram bersama keluarga. Ala-ala macam tengah bercuti ke Eropah gitu...hehehe
Jadi tunggu apa lagi, kepada orang-orang Ganu dah kena sangat hujung minggu ni kan Hari Raya Aidiladha bolehlah datang singgah solat sunat Aidiladha di sini. Mesti meriah!
Kalau korang bermurah hati untuk menderma kepada masjid ini pun boleh, tekan saja link yang diberikan ini: https://masjidlapankubahbesut.sujood.net/