Taman Tasik Elmina - 'Instagrammable Spot' Baru Kat Shah Alam, Selangor

TRAVEL
February 12, 2020 - 01:12 PM


Kalau korang perasan dekat Instagram dan Twitter sekarang ni tengah ramai orang berlumba-lumba upload gambar-gambar cantik dekat Saloma Link satu lagi tarikan di Kuala Lumpur yang baru sahaja dibuka kepada awam.

Tapi, korang tahu tak di Shah Alam, Selangor juga sebenarnya ada lokasi yang 'Insta-Worthy' untuk memenuhi feed media sosial korang.

Lokasi yang dimaksudkan ialah Taman Elmina Valley (Taman Tasik Elmina) -- sebuah kawasan rekreasi terbaharu yang mempunyai jambatan LED unik dan menarik untuk korang bergambar.

Jambatan Elmina yang berwarna merah ini seakan Fushimi Inari Taisha, salah satu ikonik pelancongan popular di Kyoto, Jepun.

Bukan hanya satu, tetapi di Elmina sebenarnya terdapat 2 jambatan yang wajib korang lawati dan bergambar.

Dari Jambatan Elmina korang perlu berjalan sekitar 15 minit untuk menemui satu lagi ikonik menarik iaitu Jambatan Elmina Pelangi.

Keindahan 7 warna-warni pelangi yang menghiasi jambatan itu membuatkan latar belakang gambar korang confirm awesome dan menarik!

Selain ber-OOTD di sini, Elmina juga boleh korang jadikan sebagai lokasi riadah bersama keluarga dan rakan-rakan setiap kali hujung minggu.

Selain pelbagai kemudahan sukan, mereka juga mempunyai trek larian dan berbasikal -- paling best kalau korang ke sini pada waktu senja jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di tasik berdekatan.

ELMINA VALLEY PARK 

Alamat: Elmina Valley, 176, Jalan Metafasa U16 / 3, 40160 Shah Alam, Selangor.

Kredit Foto: Heart Patrick.com

Destination: