The Rectangle Coffee X Tower - Kedai Kopi Unik Dalam Bangunan Terbiar

JALAN-JALAN
July 28, 2021 - 06:12 PM


Bagi korang yang kaki kopi atau disebut 'coffee lover', pasti hidangan secawan kopi harum beraroma menjadi pilihan wajib sekiranya memilih sesebuah kafe atau kedai kopi, kan?

Namun jika kafe berkenaan memiliki dekorasi dalaman atau luaran yang bernilai estetika tinggi, ia pasti bonus untuk korang jadikan lokasi tersebut sebagai tempat wajib lepak apa lagi buat dijadikan background bagi bergambar cantik.

Kalau selepas ini kita semua dah dibenarkan untuk melancong semula ke luar negara dan korang memilih Thailand atau lebih tepat lagi Chiang Mai sebagai destinasi percutian pertama -- korang harus singgah ke kedai kopi unik ini yang bernama 'THE RECTANGLE COFFEE X TOWER'!

Dari kejauhan menara setinggi enam tingkat ini seakan sebuah bangunan tinggal yang belum siap sepenuhnya, namun jika menjejakkan kaki ke dalamnya korang pasti akan terkejut kerana ia sebenarnya merupakan sebuah kedai kopi yang sangat menarik untuk dikunjungi.

Terletak di kawasan Handong, Chiang Mai -- The Rectangle yang berkonsepkan sebuah kafe industri dibina menggunakan tembok konkrit, besi keluli dengan hiasan dekorasi dan perabot yang minimalis.

Istimewanya jika menikmati secawan kopi di The Rectangle bersama yang tersayang atau rakan-rakan, korang bakal menjamu mata dengan pemandangan indah pergunungan Chiang Mai yang sangat menakjubkan memandangkan kafe itu berada di kedudukan yang tinggi.

Berikut beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran korang mengenai kedai kopi unik ini :-

Adakah mereka mempunyai Wi-Fi dan penyaman udara? - Ya, ada.

Adakah mereka menerima kad kredit / debit? - Tidak, kad belum diterima.

Seberapa besar tempat itu? Adakah tempat untuk bekerja di komputer? - Kafe cukup besar, tetapi tidak ada tempat yang selesa untuk bekerja dengan komputer riba.

Adakah mereka mempunyai tempat letak kereta? - Ya, ada.

Adakah mereka memanggang kopi? - Tidak, mereka tidak memanggang kopi.

Apakah jenama / model mesin kopi? - La Marzocco.

Adakah mereka mempunyai pilihan kopi alternatif di menu seperti AeroPress, pour-over, dll? - Tidak.

Adakah mereka menjual biji kopi panggang? - Tiada.

Adakah mereka menjual makanan / pencuci mulut? - Tidak ada makanan lain dijual melainkan pencuci mulut.

The Rectangle Coffee X Tower 

Alamat: 333 หมู่ 4 Nam Phrae, Daerah Hang Dong, Chiang Mai 50230

Waktu Operasi: 9 Pagi - 5 Petang

Telefon: +6681 621 5214 (Panggilan)

Facebook: TheRectanglecoffeextower

Koordinat GPS Google: 18.686232,98.896699

Sumber: worldcoffeebeans & Kredit Gambar: FB The Rectangle coffee x tower

 

Destination: 
Artikel berkaitan