Tip Travel Bagi Mengelakkan Di Tipu Agency Travel Haram!!

TRAVEL
January 16, 2018 - 06:05 PM


Jangan baca tips ni kalau duit korang tu dah menggunung setinggi gunung kinabalu..

Sejak dua menjak ni ramai guest yang terkandas akibat ditipu oleh ulat agensi pelancongan. Ada yang guna nama agency ada pulak yang mengaku agensi berdaftar walaupon syarikat enterprise je.

Meh habang share sikit tips cara nak mengenal agensi berdaftar atau pon tidak. Senang ja, xsampai 5 minit kita dah boleh tau. 

Buka AppStore atau playstore kat hp korang, download app MyMotac, key in nama syarikat yang korang nak pilih tu then click enter. 

Jika syarikat tu berdaftar dengan kementerian pelancongan, semua detail berkenaan syarikat tu akan terpapar di screen. Jika no record tu maknanya x berdaftar la.

Kenapa perlu pilih agency pelancongan yang berdaftar dengan kementerian pelancongan? 
Bila berlaku kes kes penipuan, senang korang nak dakwa dye org kat mahkamah. 



Habang x cakap semua yang berdaftar ni bagus, at least kalau korang ditipu, ada la jugak cara korang nak dptkan balik duit korang.

Bercuti ni kita nak relax, tapi kalau terkandas tu namanya tension. Mana nak keluarkan cost lagi sekali. Hilang gitu ja mood nak bercuti.

Jadilah pengguna yang bijak dan buat pilihan yang bijak. Ramai ja agency berdaftar yang buat pakej murah sekarang, so korang janganlah terpedaya dgn skim percutian bajet ni ya.

Kalau korang rasa info yang habang kasi ni menarik, mohon ler tag kengakawan dan family members korang supaya x mnjadi mangsa pakej penipuan untuk melancong.

Sumber: HeavenlyEscapeHoliday

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video