Tips Bercuti di Hat Yai Thailand Perlu Anda Tahu

August 01, 2019 - 02:33 PM


Jika anda bercadang untuk ke Hat Yai seeloknya baca sedikit tips yang mungkin akan menyelamatkan anda di dalam situasi yang mungkin tidak diingini. Mungkin bagi sesetengah kita beranggapaan Thailand sama seperti Malaysia, namun kita kena sentiasa bersedia walau di mana kita travel.

Berikut kami kongsikan sedikit tips yang anda boleh baca jika bercadang untuk melawat Hat Yai. 

Cuaca di Thailand lebih kurang sahaja dengan Malaysia, jadi seelokknya dari segi pakaian boleh bwa pakaian yang tidak terlalu tebal. 

Dari segi makanan halal pula, tidak perlu risau sebab terdapat banyak makanan haalal di Hat Yai. Bukan sahaaja banyak malah rasa dia pun memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma berhati-hati dalam memilih makanan terutama geria tepi jalan. Pastikan kebersihan terjamin. Kita tak nak sakit perut semasa travel kan. 

Tips Lain Bercuti di Hat Yai

1. Jika jumpa monyet jangan bagi makan sebab ia mungkin monyet liar.

2. Jangan cakap tentang sistem monarki beraja di Thailand. Rayat dia sangat setia kepada Raja

3. Actually patung Budha tak boleh bawa keluar dari Thailand jika anda membelinya sebagai cenderamata pun tak boleh!

4. Dinasihatkan bawa cash.

5. Elakkan dari scam.

6. Sewa motor di Hat Yai masih boleh dipertimbangkan sebab jalan tak busy seperti Bangkok

7. Jaga kesihatan. Minum banyak air sebab cuaca agak panas dan pastikan makanan yang dimakan bersih. Kalau tak tahan pedas jangan cuba-cuba makan pedas terutama Som Tam dia. Memang sedap tapi pedas di level lagi pedas dari ayam McD 3x tu.

8. Kalau anda pandai tawar menawar ianya satu kelebihan buat anda semasa membeli belah.

9. Rileks anda stay cool.

10. Di Hat Yai ramai yang boleh cakap melayu

11. Pastikan kasut yang dibawa kasut yang sesuai dengan cuaca di sana. 

12. Naik tuk tuk kadang kala lagi mahal dari grab.

13. Waktu sesuai gi Hat Yai dalam bulan Disember sampai Julai. Sebab bukan musim hujan tapi bergantung kepada musim juga kadang-kadang.

14. Matawang Baht agak tinggi sekarang dari Ringgit

15. Bawa travel adapter seperti gambar di atas

16. Jangan main sentuh-sentuh kepada orang Thailand sebab anda mungkin akan kena penerajang nanti

17. Jaga-jaga kalau dari pusat urut. Jangan kena scam!

18. Akhir sekali slow down, jangan rush sangat sebab Hat Yai banyak tempat menarik yang korang boleh pergi. Nikmati percutian anda!

 

Destination: