Tips Keselamatan Di Hotel Untuk Solo Traveller

September 28, 2018 - 02:45 PM


Tak dapat dinafikan, solo travel menjadi pilihan ramai kaki travel dekat luar sana. Tak dinafikan juga, risiko dan bahaya yang menunggu korang apabila korang travel nanti. Tak kiralah di dalam mahupun luar negara. Sebelum ni, kitorang ada kongsi pasal ‘Perkara Yang Tak Best Berkenaan Solo Travel’ ni dan kali ini lebih fokuskan kepada faktor keselamatan diri.

Sebenarnya, keselamatan diri di tempat orang ni sangat subjektif. Tak selamat dari segi apa tu, berbeza dengan kawasan dan tempat korang tuju. Apa-apa pun, salah satu cara yang korang boleh buat adalah dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan asas dan research sikit pasal kawasan atau tempat yang korang nak pegi tu.

Ada beberapa perkara yang korang boleh buat semasa solo travel untuk tingkatkan tahap keselamatan korang, antaranya :

#1. Rahsiakan Jantina

Bukan nak menipu; cuma, apabila identiti korang atau jantina korang ni ‘anonymous’ semasa tempah hotel, korang akan lebih selamat. Lagi-lagi kalau korang travel solo, dan korang adalah perempuan. Tapi, jangan ingat lelaki selamat tau, kena yang ‘taste’ dengan korang, boleh tak aman jugak.

 

#2. Reka Satu Watak Lain

Semasa check-in, minta kunci atau kad pendua untuk ‘kelirukan’ pihak hotel. Jadi diorang tak pasti sama ada korang ni betul datang seorang, atau berdua. Lagi satu, korang boleh masukkan kad untuk dapatkan elektrik semasa korang tiada di bilik.

Dengan cara ni, kalau ada staff yang panjang tangan, sekurang-kurangnya dia akan ingat ada orang di dalam, walaupun sebenarnya bilik tu kosong.

 

#3. Minta Bilik Atas

Sebelum mengesahkan tempahan, minta dengan hotel supaya bilik korang ni berada di bahagian atas dan bukannya ground floor. Selain tu, minta bilik yang tak terlalu sunyi atau tersembunyi. Tapi, kalau korang nak rehat dengan tenang, mintak bilik hujung. Sebab biasanya bilik hujung ni, kurang sikit orang lalu lalang dan tak terlalu bising.

 

#4. Jadi ‘Jaga’ Sendiri

Pertamanya, sebelum korang un-pack barang-barang dari beg, pastikan semua tingkap atau pintu dah berkunci. Tak nak perkara yang tak diingini berlaku. Lagi satu, korang boleh standby dari rumah penyendal pintu getah, jadi bila korang ada dalam bilik, tambahkan penyendal tersebut.

Sekurang-kurangnya, kalau ada yang berniat tak baik. Pintu akan tersekat, dan korang sempat la capai apa yang patut untuk keselamatan korang.

 

#5. Minta Pengenalan Orang Yang Tak Dikenali

Kalau ada orang yang tak dikenali ketuk pintu dan perkenalkan diri sebagai staff hotel. Jangan benarkan diorang masuk dulu, tanya apa sebab dan sebagainya kenapa dia ke bilik korang.

Kalau korang curiga juga, call front desk untuk confirmkan identity dia.