Tips Percutian Musim Sejuk Untuk Orang Malaysia Yang Nak Ke Negara Sejuk Buat Pertama Kali

January 11, 2019 - 02:41 PM


Dah nama pun orang Malaysia, pergilah kemana pun, nak cari nasi jugak. Tak dapat nasi, rasa tak lengkap pulak. Kalau tak pun, mesti ada yang bawak mi segera ke, ataupun yang paling selalu orang share adalah bawak Brahim’s.

Di Malaysia ni, sebut sahaja nak apa. Pantai, mall, tempat bersejarah, theme park, semuanya lengkap. Yang tak ada cuma salji je. Nak buat macam mana, dah kedudukan Geografi Malaysia ni terletak di atas garisan Khatulistiwa, memang itulah iklimnya. Kita tak alami empat musim macam negara Jepun, Korea, Eropah dan lain-lain.

Tak hairanlah disebabkan ni, ramai yang memilih untuk ke negara-negara sejuk. Alasan yang selalu diberikan dah mestinya sebab nak main salji. Hehe. Dan kebiasaannya, kita sedia maklum, sesetengah atau majoriti daripada rakyat Malaysia ni ‘takut’ sejuk. Iyelah, mandi pagi pun, guna air panas.

Untuk yang nak travel ke negara sejuk, ataupun yang dah ada perancangan ke negara yang suhunya rendah dan berkemungkinan bersalji, korang boleh ikuti tips survival travel ke negara sejuk ni okay?

#1. Tutup Penuh, Pakai Banyak Lapisan

Iye, penuh! Termasuklah, tengkuk, telinga, kepala dan tangan. Selalunya, orang kita ke tempat sejuk ni dengan confidentnya bawak baju sejuk sahaja. Tapi diorang lupa, sejuk dekat tempat lain, bukan sejuk macam Genting atau Cameron Highlands sana. Kadangkala, suhu mencapai paras negatif!

Selain sarung tangan, korang dinasihatkan bawak scarf untuk tutup bahagian leher dan bawaklah snow cap. Masa nil ah nak pakai, bukannya ditengah panas bandar KL tu. Untuk baju pulak, pastikan korang pakai banyak lapis.

Kaji keadaan suhu tempat yang korang nak pegi tu, kalau terlampau sejuk, carilah baju sejuk yang berkualiti dan thermal base. Memang mahal sikit harganya. Kalau taknak beli, pinjam dengan member-member yang ada. Kalau tak, nanti menyesal.

 

#2. Pastikan bawa pelembab atau moisturizer

Krim pelembab atau losyen boleh digunakan untuk badan, tangan dan kaki. Selain dari tu, cuba cari krim pelembab yang heavy duty sikit. Masa nak pakai nanti, jangan nak berjimat, pakai biar banyak, sebabnya nanti kulit akan mongering bila terlampau sejuk. Itu belum masuk kebas tangan atau kaki lagi. Hehe.

Sebaiknya, lakukan sentiasa bila dekat negara sejuk nanti.

 

#3. Pek Haba

Dekat negara luar, kita tak boleh jangka keadaan sejuk tu macam mana. Tambah pulak, ini pertama kali kita travel ke negara sejuk. Kalau tak tahan, berkemungkinan besar korang akan demam atau last sekali, duduk dekat bilik hotel je sebab cuaca terlampau sejuk.

Cuba cari heatpack yang saiznya tak terlalu besar, setidaknya tak adelah bag tu berat sangat nanti. Kalau pandai cari, ada sesetengah jenama yang jual heatpack untuk mata dan kaki. Kalau ada, bawak aje.

 

#4. Minum minuman panas, makan makanan yang korang selesa

Dari segi pemakanan ni, makan terutamanya carilah makanan halal. Sebab biasanya travel ke negara-negara sejuk terutama Eropah ni, payah sikit nak cari makanan halal. Sebab tu ramai yang pilih untuk bawak dari Malaysia. Selain tu, minuman, alah korang minum apa-apa yang panas lah. Hot chocolate ke, kopi ke. Asalkan dia dapat kurangkan kesejukan korang dekat sana nanti.

Sedangkan dekat Malaysia, dapat the panas masa hujan lebat pun kita rasa nikmat. Patah lagi kalau dekat tempat yang suhunya negatif nanti.

 

#5. Utamakan keselamatan daripada gaya

Memang orang cakap gaya tu penting, tapi ada satu perkara yang lagi penting daripada gaya iaitu KESELAMATAN. Kalau smart-smart tapi membahayakan diri korang, tak guna jugak.

Keselamatan dekat sini dimaksudkan dengan kasut yang sesuai. Kalau korang tahu tempat yang nak pegi tu bersalji, sila cari kasut khas atau dipanggil winter boot. Setidaknya, korang selesa bila berjalan dekat sana nanti. Dan selalunya, permukaan bersalji ni, dia licin sikit. So, cari material yang sesuai dengan keadaan ye.

 

#6. Bawak bekalan ubat

Segala ubat-ubatan peribadi, silalah bawak untuk winter travel ni. Selain daripada ubat yang korang boleh nak dapatkan di farmasi nanti, bawak je untuk persediaan.

Tambahkan dengan lozenges dan vitamin. Sebabnya bila sejuk, mulalah tekak sakit, rasa nak demam, selsema dan sebagainya.

 

#7. Semak keadaan cuaca winter disana

Sekarang ni, banyak aplikasi ataupun website yang korang boleh rujuk untuk dapatkan keadaan cuaca satu-satu tempat. Jarang aplikasi atau laman web ni bagi ramalan yang tak tepat, jadi korang boleh jadikan rujukan.

Cuma ingat, setiap individu tu lain penerimaandan daya ketahanannya. Mungkin kalau tanya kawan, dia cakap alah, tak sejuk mana. Tapi hakikatnya pada korang, macam duduk dalam freezer.

Sebelumn travel ke tempat sejuk nanti, korang bacalah tips ni. Kalau rasa membantu, baguslah, gunakan sebagai panduan. 

Have a safe trip!