Wow, Cantik 'Kampung Pelangi' Di Kelantan Ni! Sebiji Macam Kat Korea & Indonesia

TRAVEL
October 02, 2020 - 03:28 PM


Bagi siapa yang sukakan pemandangan cantik warna-warni pelangi seperti di perkampungan Gamcheon Culture Village, Busan, Korea Selatan atau Kampung Tridi di Malang, Surabaya, Indonesia -- korang tak perlu pergi jauh-jauh ke sana lagi, lebih-lebih lagi tengah musim pandemik ketika ini.

Korang cuma perlu melancong ke Kelantan sahaja kerana di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu terdapat sebuah perkampungan yang rumah-rumah penduduknya turut dicat dengan warna-warna pelangi sekaligus mencetuskan suasana ceria untuk kunjungan orang ramai.

Lokasi unik dan cantik itu juga sering menjadi port untuk pelancong tempatan dan luar negara bergambar Instagram.

Untuk pengetahuan korang, Kampung Sungai Budor itu merupakan sebuah penempatan masyarakat Melayu yang sebelum ini suram dengan deretan rumah usang.

Namun selepas idea untuk mentrasformasikan perkampungan itu menjadi ceria dan berwarna-warni oleh  Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan juga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) -- ianya kini menjadi sebuah lokasi tarikan pelancongan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang!

Sebelum pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia, perkampungan pelangi di Kelantan itu sering dilawati oleh pelancong luar seperti Jepun, Vietnam dan China.

Jadi kalau korang belum pernah lagi menjejakkan kaki ke kampung pelangi itu, jangan lupa untuk singgah ke Kota Bharu tau!

 

Destination: