10 Tip Santai Ketika Melancong Ke Jepun

September 11, 2017 - 03:30 PM


Melancong ni memang seronok. Tetapi sebelum melancong tu kena lah buat persiapan sikit. Nak main redah je boleh tapi ilmu mesti penuh di dada. Sebab anything can be happen masa kita kat tempat orang. Presure pun tunggu masa je nak meletup. Kalau tak dapat handle jadi lah macam tragedi 3 pemuda Malaysia di Osaka baru-baru ini.

Hari ini kami ingin kongsikan tip santai semasa melancong ke Jepun terutamanya. 

Menjaga Iman di Jepun semasa melancong.😳

1. Kalau boleh jangan pergi Jepun pada musim panas. Banyak orang Jepun tersilap pakai baju saiz kecil.😊 Kalau kuat iman dan boleh menjaga pandangan, tak apa saja.

2. Jangan pergi laut atau sungai pada musim panas. Nanti boleh berdarah hidung sebab kena heat stroke🤣

3. Kalau kakak-kakak lawa atau abang-abang atau cik adik manis yang jaga kaunter tu bagi senyuman menggoda, jangan ambil hati sangat sebab itu standard melayan pelanggan diorang.

4. Sama juga kalau kakak-kakak lawa atau abang-abang atau cik adik manis yang jaga kaunter tu bagi duit sambil pegang tangan kita, jangan ingat diorang jatuh hati dekat kita. 

Itu juga salah satu SOP melayan pelanggan untuk beberapa kedai.

5. Masuk kedai buku, jangan pergi ke bahagian dewasa.

6. Masuk convenient store seperti Seven Eleven, jangan pandang sangat bahagian rak buku.

7. Para lelaki tidak perlu berminat untuk pergi ke Maid-Cafe dan Cafe seangkatan dengannya.

8. Para perempuan tidak perlu berminat untuk pergi host club dan seangkatan dengannya.

9. Kalau nampak kedai yang ada gambar perempuan banyak-banyak, jangan pergi. Sebab mahal dan buang masa. 

10. Last sekali, ingatlah isteri, suami, bakal tunang dan seangkatan dengannya ketika hati terasa digoda😉

Harap maklum dan boleh kita amalkan sama-sama.

 

Destination: