"Kami Cerai 22 Mac Yang Lalu" - Shuk Sahar Dan Rossa Serra Bercerai

TERKINI
March 31, 2023 - 04:21 PM


Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar memaklumkan sudah menceraikan isterinya, Rossa Sera dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.

Shuk berkata, keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung dan berpisah itu dibuat selepas menunaikan ibadah Umrah, baru-baru ini.

Katanya, mereka berpisah secara baik selepas melakukan persetujuan bersama dan berjanji tidak akan mengabaikan dua anak mereka.

“Kami sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu dengan cara baik.

“Anak yang sulung sudah darjah satu dan bersekolah di Sabah serta tinggal bersama ibu mereka di sana,” 

17 Mac lalu, Shuk menjelaskan dia dan Sera masih berkawan baik dan tidak bermusuhan walaupun rumah tangga mereka dikatakan bermasalah.

November tahun lalu, Sera memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa berlaku curang.