"Hari-Hari Upload Video Masak Kata Suami Nak Makan Itu Ini, Tup-Tup Nak Bercerai" - Baru Setahun Kahwin Zulin Aziz Beri 'Hint' Rumah Tangga Dah Berakhir!

TERKINI
April 17, 2023 - 12:14 PM


Saban hari ada saja kes penceraian yang melibatkan artis mahupun selebriti media sosial. Paling membuatkan peminat terkejut apabila melibatkan kes pasangan artis yang terlihat bahagia di media sosial tetapi rupa-rupanya hanya menunggu 'retak menanti belah'!

Terbaharu -- pengacara dan pelakon, Zulin Aziz memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen yang menggambarkan seolah-olah hubungan dengan suami sudah berakhir.

Malah beliau turut memuatnaik dua status mengenai perkembangan terbaharu itu di Instagram storiesnya.

 

“Mungkin sampai sini saja kisah kami, tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang.

“InshaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Rata-rata warganet menegur Zulin sama ada ini adalah benar atau hanya sekadar memuat naik ayat.

“Hari-hari muat naik suami minta nak makan itu, makan ini. Tiba-tiba muat naik hantaran macam ini pula,” komen @edahaziq.

“Janganlah buat content guna ayat-ayat macam ni, memang nak sangat gamaknya,” tambah @kikinismail.

“Salah faham yang disengajakan risau jadi satu doa tanpa niat. Selamat berpuasa,” komen @alla_aspalella.

Zulin Aziz sebelum ini sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaan, Farhan Norzaini, pada 20 Februari tahun lepas.

Namun masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai berita penceraian beliau ini. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

 

 

Destination: