[VIDEO] Faizal Tahir Islamkan Saudara Baharu

TERKINI
November 30, 2022 - 12:14 PM


Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mencuri perhatian netizen apabila dia membantu seorang lelaki memeluk agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah dan seterusnya bergelar mualaf.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 44, dilihat mengajar seorang pemuda yang tidak didedahkan identitinya mengucap kalimah syahadah.

“Apabila datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai.

“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr,” tulis Faizal.

Selepas selesai mengajar pemuda itu melafazkan syahadah, kedengaran suara seseorang mengucapkan syukur atas pengislaman lelaki tersebut dalam video dikongsikan Faizal.

“Alhamdulillah. Ada sesiapa paksa? Tiada? Alhamdulillah,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Tindakan murni penyanyi lagu Gemuruh itu sekali gus mendapat reaksi positif dalam kalangan selebriti dan peminat apabila meluahkan rasa kagum serta terharu dengan usaha yang dilakukan Faizal.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah mengislamkan seorang warga New Zealand di Cameron Highlands, Pahang bersama pasukan Hidayah Centre Foundation pada September tahun lalu.

Selain Faizal, pelakon Adam Corrie Lee juga menjadi perhatian netizen selepas membantu mengislamkan seorang lelaki dan wanita pada September tahun lalu.

Pelakon itu mendedahkan, setakat ini sudah mengislam seramai 20 saudara baharu.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: