Gelaran 'Datuk Seri' Suami Heliza Palsu?

TERKINI
September 30, 2022 - 06:57 PM


Gelaran Datuk Seri suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa palsu.

Isu itu timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Individu terbabit juga mendakwa tindakan itu dibuat selepas dia didesak oleh banyak pihak bagi mendedahkan perkara sebenar.

"Aku 'check' (semak) di Istiadat tak jumpa, ada siapa jumpa? Kalau jumpa tolong 'update' (kemaskini) aku. Yang aku jumpa Dato Haniff Borhan je," katanya.

Menerusi tinjauan ke akaun Instagram pasangan itu tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung isu berkenaan.

Malah, usaha media untuk mendapatkan kenyataan Heliza juga tidak berjaya apabila kiriman WhatsApps tidak berbalas.

Sumber: Harian Metro

 

Destination: