"Buang Gambar Bini Di Instagram" - Lagi Pelakon Lelaki Curang. Kantoi Mesej Gatal Dengan Kekasih!

VIRAL
January 30, 2023 - 10:44 AM


Belum reda kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti, timbul pula cerita baharu membabitkan pelakon kacak berusia 20-an yang dikatakan curang dengan wanita lain.

Menurut sumber Harian Metro, hubungan terlarang pelakon lelaki yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu sudah diketahui isterinya.

Episod kecurangan pelakon lelaki yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan pencarian 'hero' suatu ketika dahulu terbongkar ketika isterinya memeriksa mesej di telefon.

Tindakan itu dibuat berdasarkan naluri isteri yang melihat banyak perubahan berlaku dalam diri suaminya.

Luluh hati isteri pelakon lelaki yang berimej 'alim' itu apabila membaca mesej yang dihantar daripada skandal suaminya yang berunsur lucah dan menjijikkan.

Menguatkan lagi dakwaan kecurangan itu apabila pelakon lelaki terbabit memadam gambar isterinya di Instagram dan membiarkan gambar bersama dua anak saja.

Sumber Harian Metro berkata, isteri pelakon itu mengambil pendekatan berdiam diri kerana sedar dirinya adalah orang biasa dan tidak bekerja selain hanya bergantung harap dengan suaminya.

Malah, pelakon itu didakwa sudah mula buat hal sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama lagi.

Sementara itu, menurut sebuah portal hiburan tempatan -- sara-gara ‘klu’ yang diberikan itu, ramai netizen tampil meneka ataupun dengan kata lain ‘memetik’ nama pelakon Hafidz Roshdi sehingga penuh tuduhan itu di ruangan komen Instagram.

Malah, ada yang berasa kecewa dengan Hafidz berikutan imej baik yang dibawanya selain dikatakan tidak memilih rupa dan pangkat ketika bernikah dengan isterinya dahulu.

Berikutan itu, Hafidz Roshdi sehingga kini belum memberikan penjelasan mengenai isu tersebut namun ada memuat naik foto dia bersama isterinya di Instagram Story dengan latar belakang lagu berjudul ‘Fitnah’.

Sumber: Harian Metro & Beautiful Nara

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video