Wow, Makin 'Daring' Penyanyi Jeslina Hashim Ni! Makin Tua Makin Berdarah Hidung Tengok!

TERKINI
August 19, 2022 - 06:11 PM


Anda masih ingat dengan penyanyi bersuara lembut yang popular dengan lagu "Ku Intai Cinta Dalam Rahsia", Jeslina Hashim?

Sekian lama menyepi daripada dunia hiburan, nama Jeslina Hashim tiba-tiba menjadi bualan warganet ekoran tindakan penyanyi itu memuat naik gambarnya yang menjolok mata di Instagram baru-baru ini.

Gambar tersebut dimuat naik ketika penyanyi yang berusia 44 tahun itu bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi foto berkenaan memperlihatkan Jeslina, ibu kepada dua cahaya mata itu sedang bersantai di atas sebuah kapal dalam gaun berwarna putih namun potongan pakaian itu mendedahkan seluruh bahagian paha dan pinggulnya.

Namun sebenarnya gambar itu bukanlah satu-satunya gambar memperlihatkan Jeslina berpakaian seksi, malah sebelum ini pelakon filem 'Seri Dewi Malam' itu banyak berkongsi gambarnya yang berpakaian seksi atau berbikini ketika bercuti di pulau.

Bagi yang sudah lama tidak melihat kelibat penyanyi itu, foto terbaharu penyanyi genit  itu membuatkan ramai bungkam mata kerana imejnya ketika meniti populariti sebagai penyanyi dan pelakon tidak seperti itu.

Rata-rata terkenang imejnya yang sopan selain sentiasa kelihatan manis dengan suaranya yang lembut.

"Dulu minat sangat dengan Jeslina kerana suaranya yang lembut selain penampilannya yang sederhana dan tidak keterlaluan.

"Sepatutnya makin tua, makin sedar diri, Banyakkan amalan. Artis-artis muda yang lain kebanyakan dah berhijab, mencari ke arah kebaikan yang ini makin menjadi-jadi.

"Dunia ini sementara sahaja, pesanan kepada diri sendiri juga," komen netizen di media sosial.

Menyedari gambar tersebut mula menjadi perhatian ramai, Jeslina dilihat menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Untuk rekod -- Jeslina pernah mendirikan rumah tangga bersama Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand namun telah bercerai talak satu pada 2013.

Destination: