Laluan Masuk Dibuka, Semua Rakyat Malaysia Boleh ke Sabah

June 02, 2020 - 04:14 PM


Sabah membenarkan kemasukan ke negeri itu menerusi semua laluan yang berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kebenaran itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Kerajaan negeri turut bersetuju untuk mengecualikan mereka daripada menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di negeri ini dengan syarat telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri masing-masing dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah serta disahkan negatif.

Malah surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hendaklah dikemukakan setiba sahaja di negeri ini.

Menurut Mohd Shafie, pihaknya turut mengalu-alukan semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan ke Sabah untuk menginap di hotel-hotel yang telah beroperasi sejak 10 Mei lalu.

Bagi maksud warganegara bukan rakyat Sabah dan pelancong diwajibkan untuk mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah ketika tiba di negeri ini. -awani

Destination: