Lapangan Terbang Baru Istanbul, Lapangan Paling Sibuk Di Dunia!
TRAVELLapangan terbang baru Istanbul bakal menjadi lapangan paling sibuk di dunia!
Lapor akhbar Hurriyet, lapangan terbang bernilai AS $12 bilion (RM48.8 bilion) itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada 7 April ini.
Meskipun begitu, lapangan itu sudah dibuka sejak Oktober lepas. Namun hanya membabitkan beberapa penerbangan saja.
Pemindahan ke lapangan terbang baru dari Lapangan Terbang Ataturk akan bermula pada 5 April, jam 3 pagi dan berlanjutan hingga 45 jam.
Syarikat yang membina dan mengendalikan lapangan terbang itu, IGA berkata sebarang pengumuman terbaru akan dimuat naik di laman sesawangnya.
Lapangan terbang baru itu berupaya menampung kehadiran 90 juta penumpang setahun dan boleh diperluaskan untuk menampung sehingga 200 juta orang.
Fuhhh...nampak canggih dan besar betul lapangan terbang Turki ni kan! Makin ramailah 'kaki-kaki travel' terbang sana-sini nanti...