Orang Bujang Takde Idea Nak Makan Apa? Jom Buat Popia 2 Bahan Ni

FOODIE
October 11, 2021 - 11:12 PM


Orang bujang kalau dah tak tahu nak buat apa untuk kudapan waktu lapang, dan rumah pun tak banyak bahan untuk sediakan makanan yang 'remeh', korang kena cuba resipi ni!

Resipi popia ni hanya menggunakan dua bahan saja, dikongsi Mell Abdul Rahman. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN: 

  • Kulit Popia
  • Jejari Ketam (Crabstick)

CARA-CARA:

  1. Bentang kulit popia (dalam posisi bucu menghadap kita). Letakkan jejari ketam atas kulit popia di bahagian bucu tersebut. Gulung sama seperti popia biasa.
  2. Popia yang sudah digulung kemas, letak di dalam dulang. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Goreng popia ketam sehingga kuning. Susun cantik-cantik dalam kuali supaya semuanya terkena minyak dengan sempurna.
  4. Sudah siap goreng, boleh dihidang bersama semangkuk kecil sos cili Thai.

*Tip untuk tidak bagi popia meletup ketika digoreng; gunakan api yang perlahan sahaja tetapi minyak biar panas betul. Isi ketam jangan tunggu sampai defrost. Masa dia masih beku, balut terus.

Kredit resipi: Mell Abdul Rahman