10 Tip Diet Sahur Bulan Ramadhan Dari Kevin Zahri

MAKAN-MAKAN
May 06, 2019 - 03:02 PM


Selain sebagai bulan yang dilimpahi rahmat dan kita digalakkan untuk membuat kebaikan, ada juga antara kita yang menjadikan bulan Ramadhan untuk memulakan gaya hidup sihat. Antara yang kita selalu dengar sudah semestinya ‘nak berhenti merokok’ dan ‘nak kurus’.

Tidak dapat dinafikan, pengambilan makanan dan seharian tanpa rokok selama sebulan mungkin boleh dijadikan pemangkin seseorang untuk berhenti merokok secara total dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

Jika anda salah seorang yang bercita-cita atau mempunyai misi untuk #kurussebelumraya, boleh ikuti 10 tips diet daripada Kevin Zahri ini.

 

#1. Jangan skip sahur

Selain sebagai perbuatan yang sangat dituntut kerana ianya sunnah, sahur adalah penting kerana ia akan bertindak sebagai pembekal tenaga untuk kita meneruskan aktiviti harian sehinggalah waktu berbuka nanti.

 

#2. 400 – 600 kalori

Langkah kedua ini perlukan disiplin yang agak tinggi kerana kita perlu mengira pengambilan kalori itu sendiri. Cara paling mudah adalah dengan merujuk kepada label makanan, selain daripada itu, boleh gunakan apikasi yang ada. Sebagai contoh, myfitnesspal.

 

#3. Segenggam Karbo

Karbohidrat adalah sumber ternaga utama dalam badan, jadi adalah elok kalau ambil segenggam karbo dalam pemakanan semasa sahur. Antara makanan tergolong dalam golongan karbo adalah; kentang, pasta gandum, roti gandum, oatmeal dan lain-lain.

 

#4. Kompleks Karbo

Kebiasaannya, kompleks karbo adalah makanan yang lambat dicernakan. Oleh itu, ia lebih lama berada dalam perut dan lambat digunakan oleh badan. Antara yang disyorkan adalah soya, kekacang, ayam, daging dan juga ikan.

 

#5. Protein Yang Bersih

Tak banyak yang dihuraikan oleh Kevin Zahri untuk poin ini, tapi pada fahaman kami, protein bersih ini adalah protein yang betul mengenyangkan dan pada masa yang sama rendah kalori.

Contoh; dada ayam tanpa kulit – ia memberikan 26gram protein dengan 128 kalori.

 

#6. Elak Garam

Garam akan mempercepatkan dehidrasi, kita akan cepat berasa haus. Sebagai ganti, Kevin Zahri syorkan kita memakan makanan yang mengandungi potassium seperti ubi, sos tomato, kacang panjang ataupun tuna.

 

#7. Elak Kafein

Minuman berkafein seperti kopi dan the sebenarnya mempercepatkan dehidrasi kerana sifatnya yang diuretik iaitu faktor yang menyebabkan kita membuang air kecil dengan banyak. Jadi, kalau taknak badan kehilangan air dengan cepat, elakkan kafein semasa sahur.

 

#8. Elak Minuman Bergas

Selain the dan kopi, minuman bergas juga adalah mengandungi kafein. Selain itu, gas yang ada dalam minuman tersebut berkemungkinan besar boleh menyebabkan perut masuk angin dan terasa kosong.

 

#9. Jangan minum air terlalu banyak

Bukan tak boleh, cuma menurut Kevin, lagi banyak air diminum, lagi banyak dan cepat ia dibuang. Pengambilan yang bersesuaian ataupun ideal adalah antara 2 hingga 3 gelas.

 

#10. Elak Suhu Melampau

Suhu yang terlampau panas, atau terlampau sejuk boleh membuatkan sistem penghadaman kita mengalami kejutan.

;