Resepi Kuih Raya Paling Senang Di Dunia, Cuma Guna 2 Bahan & Tak Perlu Oven!

MAKAN-MAKAN
May 28, 2019 - 04:06 PM


Zaman sekarang ni kebanyakan kaum Hawa semuanya mempunyai kerjaya dan terlalu sibuk menguruskan anak-anak serta rumah tangga.

Bila menjelang Aidilfitri, mereka jugalah yang paling sibuk sampai tak menang tangan nak buat segala persiapan raya termasuk kuih raya.

Jadi bagi membantu kaum ibu yang sibuk bekerja, tetapi masih teringin nak membuat kuih raya daripada air tangan sendiri untuk suami, anak-anak dan keluarga, di sini ada resepi biskut raya yang paling senang di dunia khas untuk anda!

Resepinya tersangatlah mudah, hanya guna 2 jenis bahan dan paling best, tak perlu pakai oven pun! 

RESEPI BISKUT ALMOND NIB

Bahan-Bahan:

300 gram kacang almond nibs 
400 gram dark chocolate Beryls 

Cara Penyediaan:

1. Pastikan kacang almond nibs disangar sehingga rangup menggunakan api yang kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan kacang menjadi hangit.

2. Cairkan dark chocolate menggunakan kaedah 'double boiler' seperti dalam gambar.

3. Pastikan kacang almond dan coklat yang dicairkan itu sama-sama sejuk baru campurkan kedua-duanya sekali. Ia bagi memastikan kacang almond nibs kekal rangup.

4. Masukkan campuran tadi ke dalam kertas acuan dan setelah siap, masukkan pula ke dalam peti sejuk.

5. Hanya 5 minit acuan tersebut akan menjadi keras dan lepas tu bolehlah susun elok-elok dalam balang kuih raya anda.

Senang je, kan? Selamat mencuba!

Kredit: Dapokekka

 

;