3 Cafe Instagrammable Yang Korang Kena Pergi Di KL Dan Selangor
FOODIEMengambil gambar merupakan salah satu aktiviti wajib ketika pergi travel. Tapi sayangnya, sejak musim COVID-19 ni gambar-gambar cantik yang sering di-post di media sosial sudah semakin berkurangan. Tapi jangan risau, korang masih lagi boleh mengambil gambar-gambar yang cantik di cafe sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Nak tau mana lokasi bergambar yang cantik?
1) Luckin Kopi
Merupakan salah satu cafe yang dibuka berdekatan dengan Pasar Seni MRT. Design dia memang cantik dengan hiasan wildflower yang tergantung dari siling. Malah cafe ini juga ada mengubah satu spot khas untuk korang bergambar. Lokasi ini dihias cantik dengan susunan batu-batu putih dan beberapa buah pokok di situ. Meja di dalam cafe tersebut juga cantik untuk korang ambil overhead shot makanan korang.
Alamat: 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7pagi - 9 malam pada setiap hari
2) Lisette's Cafe & Bakery
Siapa sukakan keindahan alam semula jadi seperti tumbuhan hijau, bunga yang memenuhi ruang sekeliling, anda boleh pergi ke kafe ini untuk bergambar. Kalau menjejakkan kaki disini mesti anda tak sangka terdapat Kafe cantik dan aman di Bangsar. Makanan yang disediakan pun best, ala-ala buffet dan roti disediakan ala-ala di Perancis!
Alamat: No. 8A & 8B, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 6 petang pada setiap hari.
3) Shaunteo Creation Pastry
Kalau korang pernah dengar nama Shaun Teo atau korang jenis expert dalam kek, korang pasti tahu bahawa beliau merupakan salah seorang yang mampu membuat kek yang sangat cantik. Bukan sahaja kek, malah interior cafe ini juga menggunakan tema Bohemian Wedding dengan tona warna putih, coklat, dan perang. Memang gambar korang akan nampak eksotik di sini.
Alamat: A01-17, Eve Suite, Jalan PJU 1a/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi – 8 malam (Sabtu & Ahad) & Isnin - Jumaat tutup.
Jadi itulah dia 3 cafe yang unik dan instagrammable untuk korang pergi cuba. Bukan sahaja lokasi-lokasi ini sangat cantik, tapi makanan dan minuman mereka juga sangat sedap dan menyelerakan. Macam biasa jangan lupa pakai penutup muka, jaga penjarakan sosial dan jaga SOP okay? Selamat bergambar dan menjamu selera guys!