ATSKY - Makan Malam Ekslusif ‘Open Air’ Berbumbungkan Langit Di Kota Damansara

FOODIE
March 28, 2021 - 01:37 AM


Korang tercari-cari restoran yang ekslusif dengan harga makanan yang berpatutan? Hentikan pencarian korang kerana ATSKY Kota Damansara adalah jawapannya! Restoran yang terletak di Dataran Cascade, Kota Damansara ini merupakan sebuah restoran yang mempunyai ruangan tertutup berhawa dingin dan juga ruangan rooftop sebagai ruangan menjamu selera untuk para pelanggan mereka.

Korang juga boleh menempah ruangan di ATSKY ini untuk sebarang majlis seperti majlis sambut ulang tahun majlis makan malam syarikat. Dengan mempunyai konsep rooftop yang berbeza dari restoran-restoran ekslusif yang lain, ATSKY sememangnya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan suasana makan malam yang lain daripada yang lain.

Anda bukan sahaja dapat merasai pengalaman makan di rooftop, bahkan makan malam anda juga akan disaksikan bulan dan bintang! Restoran ekslusif ini menyediakan hidangan tempatan dan juga barat pada harga mamak yang sememangnya akan membuatkan korang tak percaya. Salah satu menu yang wajib dicuba jika anda ke sini ialah Youyu Beef Steak yang juga merupakan signature menu di ATSKY ini.

ATSKY Kota Damansara dibuka setiap hari dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah malam. Bagi mereka yang memilih untuk ke sini menaiki kenderaan persendirian, korang boleh parking di parking berbayar yang terletak di bawah restoran. Restoran ekslusif ini juga turut menyediakan ruangan merokok, surau dan tandas untuk keselesaan pelanggan mereka.

Alamat: A-3A-08, Dataran Cascade, Jalan PJU 5/21, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Facebook | Instagram

Destination: