Ink Library Cafe - Baca Buku Sambil Minum Coffee Di Cafe Yang Cosy Ini

FOODIE
February 24, 2021 - 05:03 PM


Kepada kaki buku di luar sana, min nak kongsikan satu cafe yang bertemakan library di Selangor. Korang boleh rileks, tenangkan diri, minum kopi sambil baca buku di cafe ni. Cafe yang dimaksudkan adalah Ink Library Cafe yang terletak di Sungai Buloh. Cafe ni memang sangat cantik dan menggunakan design 'glasshouse' membuatkan orang ramai teruja untuk bergambar di sini.

Bila masuk je dalam cafe ni korang akan dapat lihat design yang menggunakan kayu dan beberapa pokok kecil menyerikan lagi suasana Ink Library Cafe. Malah terdapat beberapa rak buku yang mempunyai pelbagai bahan bacaan menarik untuk pelanggan piih di sini. Ada juga sofa untuk korang yang ingin spend masa lama di sini, tak adalah sakit badan korang duduk di kerusi kayu lama-lama.

Di cafe ini, korang boleh order pelbagai makanan western seperti burger, pasta atau pizza. Dan kalau korang datang awal, boleh juga tengok pilihan menu brunch mereka. Tak ada mood untuk makan western? Jangan risau, mereka juga mempunyai pelbagai pilihan makanan tempatan. Min suggest untuk korang try nasi goreng mereka, memang padu!

Jadi kalau korang ada di Selangor dan ingin mencari lokasi yang boleh tenangkan diri korang, Ink Library Cafe memang perfect! Bukan sahaja untuk baca buku atau novel, tetapi korang yang work from home tu boleh datang sini dan buat kerja. Sekali sekala kena ubah angin betul tak? Untuk info lanjut korang boleh klik link di bawah. Have fun!

Alamat: Grandeur Labs, Lot 6232, Persiaran Mokhtar Dahari, Eco Grandeur 42300 Puncak Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Khamis hingga Selasa, 11 pagi hingga 10 malam, Rabu tutup

Facebook | Instagram

Destination: