Cendol Kampung Hulu – Cendol ‘Bingsu’ Popular yang Anda Wajib Cuba di Melaka

FOODIE
March 28, 2021 - 01:50 AM


Tak tahu nak makan dessert apa di Melaka? Korang perlu cuba Cendol Kampung Hulu! Cendol Kampung Hulu terletak di Kampung Hulu, Melaka dan menyajikan hidangan cendol dengan topping yang pelbagai. Terletak berhampiran dengan Sungai Melaka, para pelanggan Cendol Kampung Hulu ini akan dapat melihat pemandangan Sungai Melaka yang cantik sambil menikmati cendol mereka.

Menariknya Cendol Kampung Hulu ini adalah mereka mempunyai pilihan topping yang berbagai-bagai seperti buah naga, manga, jagung, longan dan durian. Setiap cendol juga didatangkan dengan aiskrim kelapa di atasnya yang menambahkan lagi keistimewaan dan kepaduan pada rasa Cendol Kampung Hulu ini.

Harga bagi satu bekas cendol bermula dari RM5 bagi cendol biasa dan RM15 bagi cendol durian. Bukan setakat cendol saja, korang juga boleh menikmati hidangan makanan seperti roti john, spaghetti, meatball dan hidangan barat yang lain jika anda tidak puas menikmati cendol. Sememangnya anda tidak akan pulang kelaparan sekiranya ke sini!

Cendol Kampung Hulu ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga jam 9:30 malam. Untuk ke sini, korang dinasihatkan untuk memilih masa yang sesuai sekiranya korang tidak mahu beratur panjang. So kalau korang ada di Melaka dan ingin menyejukkan diri dengan dessert yang lazat, boleh singgah ke Cendol Kampung Hulu okay?

Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Facebook | Instagram

 

Destination: