Arte - Restoran style Renaissance European di bandar Kuala Lumpur

FOODIE
March 15, 2021 - 10:20 AM


Kepada food hunter di luar sana, min nak kongsikan satu lokasi terbaik untuk minum petang. Lokasi ni mempunyai design ala-ala European tau, masuk je kedai ni terus lupa yang korang sekarang ni berada di Malaysia. Lokasi yang dimaksudkan adalah Arte by Thomas Chan. Memang sangat menakjubkan design interior restoran ini.

Kalau korang nak merasa hidup ala-ala golongan bangsawan European, ambil sahaja tea cup korang dan nikmati keenakan teh di sini. Korang juga akan perasan setiap dinding di dalam restoran ini mempunyai ukiran unik dan bila pandang ke siling, ada lukisan juga tau! Jadi memang tak hairanlah apabila ramai yang datang ke sini untuk bergambar.

Antara makanan yang terkenal di sini adalah Salmon Trout dan Chicken Roulade mereka, tapi kalau korang inginkan makanan yang kena dengan suasana minum petang korang, boleh pilih pelbagai pilihan pastri mereka yang telah disediakan. 

So kalau korang nak rasai pengalaman berada di dalam bangunan mewah yang mempunyai interior European style, korang boleh la pergi ke restoran Arte by Thomas Chan yang terletak di tingkat 66 Mont Kiara ni. Oh ya, view dari restoran ini juga sangat memukau kerana korang boleh melihat seluruh bandar Kuala Lumpur dari tingkat ini. 

Alamat: Level 66, Arte, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Laman Web | Facebook | Instagram 

Destination: