Baskin-Robbins Keluarkan 5 Perisa Terbaru 'Made With Oreo' Untuk Masa Terhad

FOODIE
April 06, 2021 - 06:42 AM


Siapa je yang tak suka Oreo?

Kepada peminat Oreo di luar sana, korang boleh melonjak kegembiraan kerana kedai aiskrim terkenal Baskin-Robbins bakal mengeluarkan 5 perisa terbaru yang menggunakan tema Oreo! Dan korang jangan tunggu lama-lama, limited time only.

5 flavor terbaru dari Baskin-Robbins yang menggunakan Oreo adalah Chocolate Cookie Crackle, Cookies 'N Cream Cheesecake, Berry Cookies 'N Cream, Caramel Cookies N' Cream, dan yang bakal menjadi kegemaran orang ramai adalah Cookies 'N Cream!

Sebabnya ia pasti membawa korang ke zaman dahulu di mana kita semua cicah Oreo dalam susu. 

Bukan tu je, korang juga boleh dapatkan aiskrim ini secara percuma dengan menggunakan aplikasi rasmi Baskin-Robbins. Selain itu korang juga perlu menjadi ahli Club 31 untuk mendapatkan promosi yang hebat ni.

Orang kata, makanan free ni la makanan yang paling sedap di dunia! Oh ya, menu ini hanya ada di cawangan mereka bermula 1 April lepas hingga 30 Mei je tau.

So jangan lepaskan peluang untuk merasai kesedapan aiskrim 'Made With Oreo!' di cawangan terdekat Baskin-Robbins di kawasan korang. Mana tahu ada antara kawan-kawan atau keluarga yang minat dengan Oreo ni kan, bolehlah belanja diorang makan sekali-sekala. Dengan kesedapan aiskrim Baskin-Robbins ni, pasti diorang happy!

Sumber: Facebook

Destination: