The Kelapa Cafe - Kafe Tropikal Terbaik Untuk Brunch Ketika Bercuti Di Langkawi

FOODIE
March 09, 2021 - 11:32 AM


Bila pergi bercuti ke Langkawi, sudah tentu korang akan bermandi pantai, duduk di resort yang sangat cantik dan pergi berjalan-jalan di lokasi awesome. So kalau korang nak tambah list lokasi tempat menarik korang boleh pergi melawat The Kelapa Cafe di sana. Ianya terletak di Tanjung Rhu Village Villas & Co dan mula dibuka sebagai cafe untuk penginap di villa tersebut.

Tapi sekarang ni sudah mula dibuka untuk orang luar. Apa yang menariknya di sini adalah hiasan dalaman cafe ini yang menggunakan konsep indoor-outdoor di mana korang boleh makan sambil menikmati sinaran matahari dan bayu laut. Dan korang juga boleh lepak baca buku yang disediakan di ruangan cafe ini. Senang cerita, memang sangat cantik la tempat ni. 

Cafe ini menghidangkan makanan western fusion buat pelanggan mereka. Antara yang menarik adalah Eggs Benedict dan Ocean Wave Tropical Fruits Smoothie Bowl untuk breakfast. Bagi makanan berat pula korang boleh cuba Salted Egg Carbonara Spaghetti dan Double Dory Fillet serta Hollandaise Sauce. Memang sedap, tapi jangan lupa juga untuk cuba dessert mereka. 

Pelanggan yang datang memang cukup gemar dengan Green Matcha Pancakes dan Iced Mixed Fruits Flower Tea mereka. Tak cukup dengan tu, korang boleh juga aiskrim Gula Melaka dan Tropical Twist French Toast. Banyak kan menu menarik yang korang boleh cuba di sini? Jadi kalau korang ada pergi ke Langkawi pada masa akan datang, korang boleh singgah ke The Kelapa Cafe. 

Alamat: 61, Jalan Tanjung Rhu, Kampung Padang Lalang, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Khamis hingga Selasa, 9 pagi hingga 8 malam, Rabu tutup

Facebook | Instagram

Destination: