4 Rangkaian Burger Malaysia Dipilih Antara 50 Terbaik Di Asia
FOODIEEmpat jenama atau rangkaian burger yang berasal dari Malaysia baru – baru ini telah dipilih antara 50 burger terbaik di Asia oleh Big Seven Travel, sebuah laman web travel antarabangsa.
Antara empat rangkaian tersebut, myBurgerLab merupakan yang paling cemerlang dengan burger signature mereka “The Flatliner” yang telah terpilih sebagai burger kedua terbaik di Asia!
Burger bernama Three Buns dari Indonesia meraih tempat teratas manakala Sweet Ecstasy dari Filipina mendapat tempat ketiga.
Flatliner adalah bukti terbaik myBurgerLab adalah ‘pakar’ dan sesuai dengan nama mereka. 4 kepingan daging yang diselangkan dengan keju chedar, diapit pula dengan ban arang, disudahkan pula dengan jem bawang yang manis. Meleleh pulak air liur dibuatnya!
Selain myBurgerLab, sebuah lagi rangkaian dari Malaysia yang berjaya memasuki senarai adalah Killer Gourmet Burger (KGB) yang menyajikan burger yang asli serta topping yang pelbagai.
Dua lagi nama adalah Buns Burger Bar (tidak halal) di tempat ke 29 dan Burger on 16 di tempat ke 43.
Kedua – duanya mempunyai kekuatan masing-masing yang mana Buns Burger Bar dengan kepelbagaian menu salad, ayam serta pasta selain kesempurnaan menu utama mereka iaitu Burger.
Burger on 16 pula dilabelkan sebagai rangkaian yang mempunyai gaya klasik amerika disertakan pula dengan milkshake dan pencuci mulut yang sempurna.