4 Restoran Ramen Halal Yang Korang Boleh Singgah Di Lembah Klang

FOODIE
October 02, 2020 - 05:15 PM


Ramen merupakan hidangan dari negara Jepun yang mula menjadi popular dalam kalangan masyarakat Melayu melalui anime Naruto. Sejak daripada itu, ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya rasa ramen ni. Cuma kebanyakan orang tak berani nak makan kerana risau hidangan tersebut tidak halal. Memang betul ramen di Jepun dibuat menggunakan sup dari khinzir.

Tetapi di Malaysia terdapat beberapa kedai ramen yang menggunakan sup ayam tetapi masih mengekalkan rasa asli ramen tersebut. Jadi kat mana nak makan tanpa rasa ragu-ragu tu? Korang boleh pergi ke 4 kedai di Lembah Klang ni;

 

1) Seirock-Ya Ramen – Damansara Utama

Ramen Seirock-Ya memang menjadi kegemaran ramai kerana rasa ‘umami’ yang sangat sedap. Ramen Tori Paitan mereka menjadi pilihan, ia diperbuat daripada rebusan tulang ayam yang penuh dengan lemak. Terdapat beberapa pilihan ramen di sini antaranya miso, shoyu, dan Tokyo ramen. Memang halal, malah hampir kesemua pekerja di kedai ini adalah Melayu Muslim.

Alamat: Ramen Seirock-Ya, 6-G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu: 12 tengah hari hingga 9.30 malam, Tutup pada hari Selasa

 

2) Kagura Ramen – Lot 10 Shopping Centre

Terkenal dengan kekenyalan mi, Kagura Ramen memberi dua pilihan kepada pelanggan mereka. Korang boleh pilih sup premium atau natural. Sup premium dia lebih berlemak dan berkrim manakala natural pula adalah sup jernih seperti ramen biasa yang lain. Yang paling menarik, setiap hidangan ada ayam panggang disediakan sekali. Sedap gila!

Alamat: Kagura Tokyo Chicken Ramen, Jalan Sultan Ismail, Unit P1-20, Level 4 J’s Gate Dining Lot 10 Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu: 11 pagi hingga 10 malam

 

3) Anaki Boizu – TTDI

Kalau tadi hidangan ayam, kali ni bahan yang menjadi tarikan ramen Anaki Boizu adalah daging. Kebanyakan orang datang ke kedai ini untuk makan smoked beef brisket ramen mereka. Tapi ada lagi hidangan istimewa iaitu Soft Shell Crab Ramen, memang terliur habis bila makan di sini.

Alamat: 147A, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu: 6 petang hingga 11 malam, tutup hari Ahad dan Isnin

 

4) Ramen Village – Nu Sentral / IOI City Mall

Terkenal dengan hidangan ramen fusion yang menggabungkan resipi Thai, Korea, dan juga Nyonya. Di sini, ayam yang diletakkan di dalam ramen memang sangat lembut dan boleh dikatakan cair di dalam mulut. Korang juga kena try hidangan gyoza yang sangat sedap, rasa smoky gitu.

Alamat: Ramen Village, NU Sentral, Lot L5 09, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur.

Alamat: Lot LG 29B, Lower Ground, IOI City Mall, 62502 Putrajaya.

Waktu: 10 pagi hingga 10 malam

 

Ramen Memang Mempunyai Rasa Unik Tersendiri

Antara sebab orang Malaysia selalu makan ramen adalah rasanya yang unik dan lain daripada yang lain. Kalau kita makan mi segera, tak kira la brand apa pun, kita secara tak lansung dah boleh agak apa rasanya nanti. Tapi dengan ramen memang tak boleh jangka, ia bergantung kepada kedai dan skill tukang masak tu. Jadi tunggu apa lagi? Boleh pergi serbu ke kedai-kedai ni!

 

Destination: