5 Gerai Laksa Sarawak Yang Boleh Anda Cuba Di Kuching

FOODIE
January 30, 2020 - 05:16 PM


Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan keunikan budaya serta mempunyai keistimewaan tersendiri. Jika anda kesana, ada beberapa makanan yang patut dicuba seperti kek lapis Sarawak, Mee Kolok, Terubuk Ikan Masin, Laksa Sarawak dan banyak lagi.

Dalam kesemua tu, kami nak fokus kepada Laksa Sarawak. Sebabnya, Laksa Sarawak tidak sama seperti variasi laksa yang ada di Semenanjung Malaysia seperti Laksa Penang, Johor dan lain – lain. Pertamanya, mee yang digunakan, kedua kuahnya.

Kuah Laksa Sarawak ini kelihatan seperti kari, tetapi rasanya tidak langsung seperti kari. Ia mempunyai rasa yang tersendiri.

Jika anda berada di Kuching, kami nak share sikit 5 Gerai Laksa Sarawak yang anda boleh cuba. Jom kita tengok gerai laksa yang ada di Kuching ni :

#1. Golden Arch Café

Kawasan rumah kedai di Golden Arch ni pada waktu pagi memang penuh dengan orang ramai dan dikatakan salah satu ‘stall’ yang ada di café ini telah berniaga selama 20 tahun dan kuahnya lebih pekat.

Gerai ini dibuka setiap hari dari 6 pagi sehingga 1 petang setiap hari dan waktu puncak dan ramai pelanggan biasanya dari 8 pagi hingga 9 pagi.

Jika nak cari, Golden Arch Café ini terletak di Lot 8540, Blok 16, Jalan Datuk Tawi Sli, 93250, Kuching.

 

#2. Teresa Laksa

Teresa Laksa merupakan antara gerai laksa yang terkenal dan paling awal di Kingtop, Kuching.

Sama seperti gerai lain, mereka juga menghidangkan pelbagai lagi masakan yang special Sarawak seperti Mee Kolok dan lain – lain. Kalau anda nak makan Laksa waktu senja, boleh ke sini sebab kedai ini beroperasi bermula dari pukul 6 petang.

Lokasi gerai ada di belakang Parkson Grand Kuching.

 

#3. Pak Amit Café

Pak Amit Café ini merupakan café yang ada banyak cawangan di Kuching. Waktu operasi adalah 8 pagi hingga 8 malam.

Disebabkan ia adalah kedai yang bercawangan, boleh cuba mana – mana cawangan yang ada di Kuching. Udang yang digunakan sangat fresh ye…

 

#4. 126 Laksa

Terletak di Jalan Chan Chin Ann, 126 Laksa terletak di tingkat bawah dan berhadapan dengan Da Apple Kopitiam. Cari bangunan berwarna putih.

Specialnya disini, ada juga laksa yang dihidangkan dengan sotong dan kerang. Fuh!

Dibuka seawal 6.30 pagi sehingga 3.30 petang.

 

#5. Aroma Café

Selain beroperasi secara harian, Aroma Café juga menyediakan perkhidmatan catering. Walaupun menyediakan makanan yang pelbagai (tidak seperti gerai lain yang hanya menjual laksa), Laksa Sarawak di Aroma Café adalah sedap.

Selain laksa, café ini juga menjadi ‘port’ pilihan untuk makan tengah hari.

Lokasi : 122, Jalan Tabuan, Taman Budaya, 93100 Kuching.

 

Destination: