5 Kedai Makan Yang Korang Wajib Cuba Di Bandar Ipoh, Perak!

FOODIE
March 22, 2021 - 05:08 PM


Bandar Ipoh merupakan salah satu destinasi terbaik di Asia menurut portal Lonely Planet, sebuah portal travel yang terbesar di dunia. Bukan sahaja dikenali dengan lokasi-lokasi menarik dan cantik, bandar ini juga penuh dengan tempat makan yang sangat sedap dan unik, memang tak boleh didapati di bandar-bandar lain. Jom tengok senarai 5 tempat makan yang wajib korang cuba.

 

1) Laksa Telur Goreng Bersarang

Kepada peminat laksa di luar sana, mesti kebanyakan korang tak pernah dengar laksa ni kan? Ia merupakan menu laksa terkenal di Cafe Setinggan. Laksa ini dimasak seperti biasa namun ditambah 'topping' telur goreng yang berbentuk sarang burung. Memang sangat unik. 

Alamat:  Jalan Margosa D/8, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Sabtu hingga Khamis, 12 tengah hari hingga 7 petang

Facebook

 

2) Mee Daud Mat Jasak

Mee kicap dan kari laksa yang sangat terkenal di bandar Ipoh ni. Kedai ni dah dibuka sejak tahun 1970-an tau, korang boleh bayangkan tak betapa sedapnya resipi berpuluh tahun ni? Memang perfect. Korang juga boleh makan yong tau foo di sini.

Alamat: 1, Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 9 pagi hingga 9.30 malam, Jumaat hingga Sabtu, 9 pagi hingga 9.45 malam, 

 

3) Ipoh Hainan Chicken Rice

Tak lengkap perjalanan korang di Ipoh kalau tak singgah di kedai ni. Dengan nasi ayam yang disaluti kicap cair dan sos cili yang sangat sedap dan manis, ramai yang rindukan kelazatan juadah ini di Ipoh. Memang antara kedai nasi ayam tersedap di Malaysia.

Alamat: 107 Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 11 pagi hingga 9 malam, Sabtu Ahad, 10 pagi hingga 10 malam

Facebook

 

4) Canning Dim Sum

Kalau korang kempunan nak makan dim sum, kedai ini mempunyai pelbagai jenis yang korang boleh pilih. Kami sunggest untuk pilih pelbagai jenis dan cuba satu-satu lebih-lebih lagi kalau korang datang bersama rakan atau keluarga besar. 

Alamat: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Khamis hingga Selasa, 7.30 pagi hingga 3.30 petang, Rabu tutup

Facebook | Instagram

 

5) Deen CT Corner Cendol

Kedai cendol yang dah beroperasi selama lebih dari 20 tahun. Jadi korang boleh yakin yang flavor cendol ni memang legend. Yang paling best terdapat beberapa pilihan topping di kedai ini seperti pulut dan sweet corn, memang wajib cuba guys! Santan dia memang lain macam, berlemak habis.

Alamat: 21B, Jalan Mustapha Al Bakri, 30300 Ipoh

Waktu Operasi: Sabtu hingga Khamis, 11.30 pagi hingga 6.30 petang, Jumaat tutup

 

Destination: