Tidofish, Kafe 'Glow In The Dark' Yang Wow Kat Ipoh!
FOODIEIpoh sememangnya terkenal sebagai "Syurga Makanan" dan tak hairanlah kalau ramai yang selalu memilih ibu negeri Perak itu sebagai destinasi jalan-jalan cari makan / JJCM mereka setiap kali menjelang cuti hujung minggu.
Kalau korang nak rasa pengalaman unik menjamu selera di sebuah restoran yang berkonsepkan 'glow in the dark' -- korang boleh singgah TIDOFISH yang baru sahaja dibuka pada 15 Oktober lepas!
Meskipun kebanyakkan tempat yang bertemakan lampu neon biasanya dikaitkan dengan kelab malam atau pusat-pusat hiburan -- namun kafe ini menyajikan ruang makan yang mesra keluarga dengan hiasan lampu neon yang terang dan berwarna-warni bagi membangkitkan selera pelanggannya.
Untuk pengetahuan korang, Tidofish ini hanya berjarak 17 minit pemanduan dari Concubine Lane yang popular di Ipoh serta berhampiran juga dengan AEON Mall Kinta City.
Sebaik sahaja korang melangkahkan kaki ke kafe ini, korang akan menemui beberapa sudut yang selesa untuk menikmati hidangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Bukan itu sahaja, malah lantai dan dinding di dalam kafe ini juga dihiasi dengan dekorasi yang menampilkan ilustrasi ikan serta motif seakan berada di bawah air.
Menu yang ada di Tidofish pula adalah makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti Mee atau Mee Hoon Laksa (RM10.90), Rojak (RM9.90), Bubble Tea botol (RM6.90) dan banyak lagi.
Segenap ruang di dalam kafe ini juga menarik untuk dijadikan sebagai latarbelakang bagi bergambar cantik dan dimuatnaik ke dalam media sosial korang seperti Instagram dan Facebook.
Jadi kalau korang yang ada di sekitar Ipoh ketika ini bolehlah menjadi antara pengunjung terawal kafe tersebut dan bagi yang ada di luar Ipoh habis PKPB nanti kita pergi serbu Tidofish ni okay!
TIDOFISH
ALAMAT: 85, Jalan Jambu, Taman Teh Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak
WAKTU OPERASI: 12 PM-10PM, Setiap Hari
Kredit Gambar: Twitter Hafiz Ayob & Melantak TV